KUALA LUMPUR: Pepatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri adalah istilah tepat menggambarkan pendirian Datuk Misbun Sidek apabila legenda badminton negara itu mahu terus menabur bakti menurunkan ilmu dalam arena badminton di Malaysia.
Misbun berkata ini kerana hatinya belum 'terbuka' untuk menerima mana-mana tawaran luar negara bagi mendapatkan khidmatnya sebagai jurulatih buat masa ini namun tidak menolak kemungkinan akan berbuat demikian pada masa hadapan.
"Saya masih buat bimbingan untuk persendirian (selain sebagai) perunding macam mana nak tingkatkan taraf daripada soal latihan untuk pembangunan (di Malaysia).
"Tawaran (jurulatih) sentiasa ada (selain) sesi pujuk-memujuk (dari luar negara), tetapi saya ini daripada dulu macam itu. Mungkin akan datang kita tidak tahu, tetapi apa yang saya buat sekarang, jika anda mahu saya, anda nak belajar, anda datang (Malaysia), senang," katanya kepada pemberita baru-baru ini.
Sebelum ini, kelab Nusa Mahsuri yang berpangkalan di Ampang di sini menerusi hantaran Facebooknya pernah berkongsi Misbun telah 'melanyak' tiga pemain remaja Thailand ketika menjalani latihan intensif hampir sebulan.
Misbun meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas badan induk itu memutuskan pada 28 Julai tahun lalu untuk menamatkan kontrak Misbun lebih awal daripada tempoh ditetapkan.
Misbun yang ketika itu Pengarah Pembangunan Remaja Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM) meluahkan rasa terkilan dan kecewa kerana penamatan kontraknya dibuat tanpa persetujuan bersama.
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria bagaimanapun membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi sidang media dengan menawarkan kepada Misbun untuk menghabiskan kontrak asal bersama ABM hingga hujung tahun lepas.
Namun, Misbun menolak tawaran berkenaan selepas kemelut membabitkan beliau dan BAM menemui jalan pendamaian.
Selepas itu media melaporkan Misbun telah menerima sekurang-kurangnya lima tawaran dari luar negara namun enggan mendedahkan senarai negara yang cuba 'memancingnya'. - BERNAMA
Bernama
Sun Jun 16 2024

Kata Misbun, hatinya belum 'terbuka' untuk menerima mana-mana tawaran luar negara bagi mendapatkan khidmatnya sebagai jurulatih buat masa ini namun tidak menolak kemungkinan akan berbuat demikian pada masa hadapan. - Gambar fail Bernama

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Malaysia masih dalam hati - Misbun
Hati Misbun belum 'terbuka' untuk menerima mana-mana tawaran luar negara bagi mendapatkan khidmatnya sebagai jurulatih buat masa ini.