KAJANG: Pemanah negara Haziq Kamaruddin yang meninggal dunia pagi ini, pernah meluahkan hasrat untuk meraih pingat pada Sukan Olimpik Tokyo yang dijadualkan bermula 23 Julai ini, kata jurulatih kebangsaan Lee Jae-Hyung.
Beliau berkata Haziq bersungguh-sungguh untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik dan membawa pulang pingat pada kali ini selepas dua kali tidak berjaya menaiki podium kerana Tokyo mungkin kali terakhirnya beraksi di temasya sukan terbesar dunia itu.
Jurulatih berasal dari Korea Selatan itu yang membimbing Haziq sejak 2011 berkata pemergian Haziq sangat mengejutkan beliau.
"Sebelum raya, Haziq ada bincang dengan saya, beliau nak betul-betul cuba layak dan menang pingat pada kali ini.
"Memang terkejut (dengan berita pemergiannya)," katanya yang fasih berbahasa Melayu ketika ditemui pemberita di Hospital Kajang di sini, pada Jumaat.
Haziq yang pernah beraksi di Sukan Olimpik London 2012 dan Rio 2016, dilaporkan tidak sedarkan diri kira-kira 8 pagi tadi, sebelum dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia pada jam 9.37 pagi.
Sementara itu, Presiden Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) Datuk Abdul Hamid Hasan menyifatkan Allahyarham Haziq seorang atlet yang berdedikasi, memberi komitmen pada setiap masa dan tidak pernah merungut dalam mengikuti program latihan yang disediakan.
"Kita seluruh warga memanah rasa sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga dan isteri arwah. Kami rasa satu kehilangan yang cukup besar...kita boleh cari pengganti, tetapi susah nak dapat macam Haziq.
"Beliau sepatutnya menyertai kejohanan kelayakan Olimpik terakhir di Perancis pada 16 Jun dalam usaha melayakkan diri ke Olimpik Tokyo," katanya.
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yang turut berada di hospital, berkata walaupun baru berusia 27 tahun, Haziq merupakan seorang atlet berpengalaman yang banyak berjasa kepada negara.
"Kita menghargai sumbangan arwah Haziq yang tidak ternilai terhadap sukan negara, khususnya memanah dan atlet kita sebenarnya wira negara yang sering berkorban tanpa rungutan dan tidak berputus asa serta bersemangat mengharumkan nama negara," katanya.
Sepanjang sedekad mewakili negara, Haziq pernah meraih pingat emas pada Grand Prix Asia 2011 di Laos dan gangsa Piala Asia 2019 di Filipina, selain meraih empat emas dan dua perak menerusi acara individu dan berpasukan di Sukan SEA sejak edisi 2011 hingga 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 14 2021

LEE JAE-HYUNG: Sebelum raya, Haziq ada bincang dengan saya, beliau nak betul-betul cuba layak dan menang pingat pada kali ini. -Bernama

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

ADUN Ayer Kuning meninggal dunia selepas bermain bola sepak
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, petang tadi.

Kematian kanak-kanak tercekik 'gummy' tiada unsur jenayah - Polis
Polis mengesahkan kematian kanak-kanak berusia 10 tahun, Mohammad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin selepas didakwa tercekik gula-gula gummy, tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

Lelaki warga emas terkunci dalam bilik air ditemui meninggal dunia
Pihak JBPM Perak menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 8.14 pagi.

Kanak-kanak tercekik gula-gula 'gummy' meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang kritikal selepas didakwa tercekik gula-gula jenis gummy, meninggal dunia malam ini.

“Assalamualaikum…” - Ibu kenang 5 tahun pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair
Ibu Allahyarham Ashraf , Dida Sinclair mengenang pemergian anak yang meninggal dunia kerana serangan jantung.

Suami maut ditikam isteri akibat selisih faham
Perselisihan faham dipercayai menjadi punca seorang wanita menikam suaminya sehingga mati dalam kejadian di hadapan sebuah pangsapuri di kawasan Kajang, semalam.

Tiga anak Allahyarham Muhammad Basir terima bantuan tunai Tabung Kasih@HAWANA - Fahmi
Tiga anak bekas wartawan Utusan Melayu (M) Bhd Allahyarham Muhammad Basir Abu Bakar menerima bantuan wang tunai menerusi Tabung Kasih@HAWANA.

Lelaki meninggal dunia ketika panjat pokok durian
Lelaki dikenali sebagai Fauzi itu sempat mengadu sakit perut ketika kejadian di Kebun Durian Desa Telemung, Indonesia.

Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.

Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia
Zaquan tidak memaklumkan berhubung punca kematian anak lelakinya itu.