Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu melahirkan rasa kesal atas tindakan Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim yang meletakkan jawatan Presiden Persatuan Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) serta merta semalam.
Beliau berkata ini kerana Hasnul telah menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin sehingga pasukan Perak berjaya meraih Piala Malaysia selepas 18 tahun menanti.
"Saya ingin menyatakan penghargaan tertinggi bagi pihak kerajaan negeri kepada Hasnul atas segala bakti beliau sehingga pasukan Perak berjaya memenangi Piala Malaysia.
"Keputusan beliau meletakkan jawatan adalah mungkin kerana menghormati pandangan orang ramai dan kesal dengam kesilapan kecil yang beliau telah lakukan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri 'Minggu Fesyen Antarabangsa Ipoh' di sini malam ini.
BACA: Presiden Pafa umum letak jawatan
BACA: MB Perak percaya Presiden Pafa akan buat keputusan tepat
Ditanya mengenai beberapa kelab penyokong bola sepak Perak yang mencadangkan menteri besar itu menggantikan Hasnul, Ahmad Faizal berkata masih terlalu awal untuk memberi pandangan mengenai perkara berkenaan.
"Saya fikir masih terlalu awal untuk memberi pandangan siapa yang patut mengambil alih kerusi Presiden Pafa kerana saya yakin barisan jawatankuasa persatuan itu mampu menggalas tanggungjawab seterusnya buat masa ini.
"Saya percaya Pafa sebagai sebuah persatuan bola sepak tentunya mempunyai peruntukan-peruntukan perlembagaan bagaimana hendak meneruskan operasi dalam berpersatuan," katanya.
Semalam, selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif kali kedua Pafa di sini, Hasnul mengumumkan perletakan jawatan sebagai Presiden Pafa berkuatkuasa serta merta selepas memegang tampuk pentadbiran badan induk itu sejak 21 Julai lalu.
Hasnul berkata, perletakan jawatan itu dibuat atas kerelaan dirinya selain mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya politik dan tugas selaku Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Sebelum ini, Hasnul yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi negeri telah dikritik hebat para penyokong bola sepak tempatan untuk meletakkan jawatannya kerana telah memuat naik gambarnya bersama Piala Malaysia yang diletakkan di celah kangkang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 09 2018

Ahmad Faizal (kiri) menyifatkan Hasnul telah menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin. - Astro AWANI

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.

Saya terima apa juga keputusan - Faizal Azumu
Faizal Azumu bersedia menerima apa sahaja keputusan terhadap pertandingan merebut jawatan Naib Presiden parti itu yang ditandinginya.

Jangan bersikap 'double standard' bila disiasat - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mahu semua pihak tidak mengambil sikap 'berat sebelah' dengan mengatakan kerajaan bertindak tidak adil apabila mereka disiasat.

Isu 3R: Siasatan terhadap Muhyiddin timbulkan persoalan - Bersatu
Ahmad Faizal berkata pendakwaan segera ke atas Muhyiddin oleh Peguam Negara berhubung kes itu juga menimbulkan banyak lagi persoalan.

Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.

Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

PRK Kuala Kubu Baharu: PN telah kenal pasti calon
Tidak timbul soal calon itu dari parti mana kerana apa yang paling utama individu berkenaan mewakili Perikatan Nasional, tegas Ahmad Faizal.

Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.

Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.

Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.