KUALA LUMPUR: Pasukan SSL Malaysia akan beraksi di Pusingan Akhir Piala Emas Star Sailors League (SSL) di Gran Canaria, Sepanyol, November ini.
Diketuai oleh pelayar Olimpian, Khairulnizam Mohd Affendy dan pemenang pingat emas Sukan Asia Hangzhou 2022, Nur Shazrin Mohamad Latif, Malaysia dibarisi pelayar berpengalaman bagi membentuk pasukan bergelar The Monsoon dalam pertandingan yang disifatkan ibarat Piala Dunia untuk pelayaran.
Kumpulan pertama yang dipimpin oleh kapten pasukan, Megat Danial Megat Najmuddin berlepas ke Split, Croatia Jumaat lalu untuk menjalani latihan selama seminggu manakala Khairulnizam dan Nur Shazrin akan berlepas pada Selasa.
“Kami berbangga diberi penghormatan mewakili Malaysia untuk kejohanan ini. Setiap pasukan akan diwakili altet pelayaran terbaik negara masing-masing dan digabungkan menjadi satu pasukan untuk bersaing mengunakkan kapal monohull berukuran 47 kaki,” kata Megat Danial.
Dengan prestasi memberangsangkan pelayar Malaysia sepanjang dua tahun ini, Megat Danial optimis pasukan negara akan memberikan yang terbaik di Lautan Atlantik.
Melengkapkan pasukan adalah pelayar veteran yang juga ketua kru, Ahmad Faizul Aswad Mohamed (Grinder), Ahmad Hakhimi Ahmad Shukri (Trimmer), Ahmad Syukri Abdul Aziz (Offside Trimmer), Mohd Azhar Sadon Zubir (Pitman), Uzair Amin Mohd Yusof (Mainsail Trimmer), Mohd Akiyuddin Mat Zaki (Bowman), Asri Azman (Floater), Mohd Amsyar Syahmi Mohd Ajwi (Spare Trimmer) dan Ahmad Khairulhafiz Mohd Khmbali (Spare Floater).
Setiap pasukan dikehendaki mendaftar seramai 11 pelayar tetapi hanya sembilan akan berlayar pada satu-satu masa.
Megat Danial berkata The Monsoon menghargai sokongan yang dihulurkan oleh Penaung Diraja, Pemangku Raja Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, Persatuan Layar Malaysia (MSA), Berjaya Corporation Berhad dan Majlis Sukan Negara (MSN).
Pusingan Akhir Piala Emas SSL merupakan kemuncak siri perlumbaan SSL, yang juga satu daripada lima pertandingan pelayaran utama berstatus Acara Khas oleh badan induk dunia World Sailing (WS) selain Piala America, Sail GP, The Ocean Race dan World Match Racing Tour.
Malaysia berada di tangga ke-51 dalam senarai ranking dunia SSL setakat September 2023, dengan Jepun sebagai negara Asia teratas di tempat ke-29.
Kenyataan Media
Mon Oct 30 2023

Dengan prestasi memberangsangkan pelayar Malaysia sepanjang dua tahun ini, Megat Danial optimis pasukan negara akan memberikan yang terbaik di Lautan Atlantik.- SSL Malaysia

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago
PKBM dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk mengekalkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam Program Podium tahun depan.

Pemilihan AGM: Presiden Paralimpik lapor SPRM, dakwa wujud elemen rasuah
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin hari ini membuat laporan kepada SPRM yang mendakwa wujudnya eleman rasuah dalam pemilihan AJK badan itu.

Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.

PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.

Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.

Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.

Zii Jia tekad tampil aksi cemerlang di Eropah untuk slot Jelajah Dunia Akhir 2024
Zii Jia bertekad menampilkan aksi cemerlang dalam kejohanan di Eropah bagi memastikan kedudukannya kekal selamat untuk melayakkan diri ke Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir 2024 di Hangzhou.

MSN, JBSN negeri diminta tingkat usaha pencarian atlet para wanita
Hannah berkata, daripada lebih 1,200 atlet di temasya Para SUKMA Sarawak 2024, hanya hanya 303 atlet atau 24 peratus adalah wanita.

MSN, MPM perlu duduk semeja - Hannah
Menteri Belia dan Sukan meminta Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menyelesaikan 'perang dingin' secara profesional.