Gimnas wanita negara meraih emas dalam acara berpasukan pada Sukan SEA Kuala Lumpur malam tadi.
Nur Eli Ellina Azmi, Lavinia Michelle Raymund Jayadev, Tan Ing Yueh, Tracie Ang, Farah Ann Abdul Hadi dan Nur Azira Aziri mengulangi kejayaan Malaysia di Sukan SEA Singapura 2015 di tanah air sendiri di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MiTEC) di sini.
Skuad negara mengumpul 200.950 mata mengatasi pesaing terdekat Singapura yang mendapat 190.050 mata menerusi Kelsie Yasmin Muir, Zeng Qiyan, Nadine Joy Nathan, Colette Chan Wan Xuan, Tan Sze En dan Togawa Mei.
Indonesia yang diwakili Armartiani, Rifda Irfanaluthfi, Tazsa Miranda Devira and Amalia Fauziah Nurun Nubuwah, mengumpul 186.850 mata.
Enam negara - Vietnam, Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina dan Singapura - mengambil bahagian dalam acara berpasukan yang mana gimnas mendapat mata menerusi melombol, palang bertingkat, titian imbangan dan rutin senam lantai.
Jurulatih gimnastik artisitik wanita negara Ng Shu Wai berkata ia adalah saat yang istimewa untuk beliau kerana darah, keringat dan air mata anak buahnya berlatih selama dua tahun lepas membuahkan hasil.
"Kami sungguh gementar kerana ada antara anak buah saya mengalami kecederaan serius tetapi kami cuba yang terbaik ... kami gembiara dengan apa yang kami capai malam ini dan berharap kami mampu mencapai lebih lagi dalam acara individu esok (Selasa)."
Farah Ann pula berkata beliau merasa gembira kerana pasukan negara berjaya mempertahankan emas dan mengharumkan nama negara.
Sementara itu Pengurus Pasukan Gimnastik Azmi Hassan berkata beliau merasa amat gembira apabila anaknya Nur Eli Ellina menerima pingat emasnya daripada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
"Saya tidak dapat menyaksikan Eli mendapat pingat emas pertamanya di Singapura kerana ibunya terlantar sakit (menghidap kanser rahim) pada masa itu.
"Saya pasti arwah isteri saya akan merasa sungguh bangga dengan Eli jika dia di sisi saya sebentar tadi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 22 2017
Jimnas negara, Farah Ann melakukan disiplin Beam Berpasukan Artistik Wanita Sukan SEA KL2017 di MITEC, 21 Ogos, 2017. --fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Nahas Ayer Keroh: JPJ sita lori terlibat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua pelayar maut dalam perlumbaan kapal layar Sydney ke Hobart
Dua pelayar maut dalam insiden berasingan semasa perlumbaan kapal layar tahunan Sydney ke Hobart, kata penganjur pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman dpa.
Hanya 60 peratus hasrat tercapai setakat ini - Bin Shen
Katanya, 40 peratus lagi hasratnya belum tercapai, termasuk untuk mengemudi Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih emas di Sukan Olimpik Paris 2024.
Kendali DAX secara haram, SC kenakan tindakan celaan terhadap Bybit
SC berkata Bybit dan Ben Zhou telah disenaraikan dalam Senarai Makluman Pelabur SC sejak Julai 2021.
Empat cedera dalam insiden tembakan dan tikaman di Lapangan Terbang Phoenix pada malam Krismas
Polis terima panggilan mengenai insiden tembakan di sebuah restoran di luar kawasan pemeriksaan keselamatan di Terminal 4 lapangan terbang.
PGA gagalkan cubaan seludup kosmetik di pengkalan haram di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik bernilai lebih RM15,000 yang dikesan di pangkalan haram Epek dekat Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
Malaysia hantar pasukan konsular susulan kemalangan bas di Norway
Penumpang bas terdiri daripada pelancong asing dari China, Singapura, India, Belanda, Malaysia, Sudan Selatan, Perancis, dan Ukraine.
Jurutera miliki video pornografi kanak-kanak didenda RM6,000
Seorang jurutera didenda RM6,000 di Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini kerana memiliki video pornografi kanak-kanak serta video lucah di dalam komputer.
DUN Melaka: Tempat duduk ADUN Rembia diubah
Ibrahim berkata langkah itu diambil selepas beliau meneliti beberapa perkara mengenai penyertaan Muhammad Jailani ke dalam Pas.
Pantau Belanjawan: Di mana dan ke mana hala tuju reformasi pendidikan Malaysia?
Laporan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) yang disiapkan pada 2019 perlu dibuka semula untuk dijadikan dokumen asas kepada reformasi pendidikan pasca 2025. Pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Anuar Ahmad menekankan kepentingan laporan ini dalam merangka reformasi pendidikan pasca 2025. Isu kritikal seperti jurang digital, kesenjangan pembelajaran, dan cabaran pasca-pandemik akan dibincangkan untuk memahami bagaimana JKD dapat kekal relevan dalam memastikan pendidikan terus berdaya maju.
Penting untuk Malaysia kekalkan pendekatan seimbang dalam hadapi ketegangan geopolitik serantau - Sarjana
Shamsul Amri menekankan kecenderungan sejarah Malaysia untuk mengamalkan sikap sederhana dalam hubungan antarabangsa, khususnya dalam ASEAN.
Konflik Iran-Israel: Beri penghargaan atas ketegasan Anwar - Geostrategis
Malaysia dilihat sebagai negara "kecil" yang berani menyatakan pendirian pada saat pemimpin negara lain tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.
Penyelesaian krisis Myanmar mesti bermula dari Myanmar sendiri - Penganalisis
Penyelesaian kepada krisis itu mesti bermula dari Myanmar sendiri iaitu melalui gerakan kerajaan bayangan Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG).
Jawatan Presiden, Timbalan Presiden UMNO wajar dipertanding - Penganalisis Politik
Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO wajar dipertanding bagi memenuhi hasrat akar umbi yang mahu kepimpinan kini meneruskan perjuangan parti itu.
Vaksin: Kerajaan perlu laksana strategi mobilisasi komuniti
Strategi itu secara tidak langsung dapat memberi fokus kepada golongan yang masih ragu-ragu dan yang benar-benar mahukan vaksin.
Dominasi ahli politik veteran halang pemimpin muda daripada menyerlah?
Penganalisis politik, Dr Syahruddin Awang Ahmad berkata fenomena dominasi 'kuda tua politik' ini berkait rapat dengan pengaruh elit politik dan bersifat paternalistik.
PRN Sabah medan uji 'kemesraan' Muafakat Nasional berdepan PRU15 - Penganalisis
PRN Sabah dijangka akan menjadi medan kedua bagi menguji kemesraan dan keutuhan Muafakat Nasional (MN) selepas cemerlang dalam PRK DUN Slim.
Enam tahun berlalu, kehilangan MH370 kekal misteri
Keluarga 239 penumpang dan anak kapal pesawat Boeing 777 itu masih menanti pengakhiran episod tragis itu.
Zahid masih orang terbaik ketuai UMNO, kata penganalisis
Geostrategis Prof Madya Azmi Hassan berkata, Zahid mempunyai 'kekuatan mental' untuk terus mengetuai UMNO.
'Kerjasama UMNO-Pas bukan untuk Islam'
Kerjasama PAS dan UMNO harus melibatkan kepentingan semua kaum dan bukan berasaskan Melayu dan Islam sahaja sekiranya mahu menyaingi Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti.