Larian Obor Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 tiba di bandar raya Kuching hari ini, selepas larian berkenaan merentasi Jambatan Sungai Batang Sadong, Samarahan semalam.
Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak, Snowdan Lawan membawa obor berkenaan menaiki perahu tambang dari Pangkalan Sapi menyeberangi Sungai Sarawak, dan disambut Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah di GoDown Amphithetre Tebingan Kuching.
Turut hadir, penyanyi popular tanah air Dayang Nurfaizah; Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Sarawak, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Ik Pahon Joyik.
Dari Tebingan Kuching, obor berkenaan dibawa ke Bangunan Mazma, Kuching oleh Dayang Nurfaizah serta beberapa pelari lain.
Abdul Karim berkata kira-kira 400 orang menyertai acara larian hari ini, sebelum obor itu dibawa dan diserahkan kepada Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man oleh Snowdan pada 15 Jun ini, di Kuala Lumpur untuk larian di negeri berkenaan.
Katanya larian obor berkenaan di Sarawak bermula di Limbang dari Sabah, dan singgah di beberapa tempat termasuk Lawas, Miri, Gua Mulu, Bintulu, Sibu, Sri Aman dan Kota Samarahan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 13 2017
Penyanyi popular, Dayang Nurfaizah membawa Obor Sukan SEA 2017 (KL2017) dan Para ASEAN ke-9 di Tebingan Sungai Kuching, di Kuching, hari ini. --fotoBERNAMA
Perluas perlindungan sosial untuk penyakit jarang jumpa - Pakar
Ketiadaan perlindungan ditawarkan kebanyakan polisi insurans menyebabkan penghidap penyakit jarang jumpa berdepan risiko dalam aspek perlindungan sosial.
AWANI Ringkas: JS-SEZ | Bumbung Axiata Arena Bocor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia umum insentif cukai untuk JS-SEZ
Pelabur dalam JS-SEZ layak menerima pelbagai insentif, termasuk kadar cukai korporat khas, berkuat kuasa pada 1 Januari.
Lesen Layang-Layang Island Resort dibatalkan - MOTAC
MOTAC memandang serius sebarang perlanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusahaan pelancongan berlesen.
Penunggang motosikal maut langgar lembu berkeliaran
Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh seekor lembu berkeliaran.
PIFF 2025: Pacu industri francais dan kopi di Malaysia sejak 2004
Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), sebuah syarikat pegangan pelaburan milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan dan dikawal selia oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Astro Shaw, Etika rai kepelbagaian budaya dalam filem 'Abah saya, Uncle Mike'
Astro Shaw dan Etika mempersembahkan filem Abah Saya, Uncle Mike yang mengisahkan lelaki berbangsa cina, Michael Tong Wai Siong, atau lebih dikenali sebagai Uncle Mike.
Aminuddin umum BKK sempena Hari Raya Aidilfitri
Bantuan berkenaan turut diberikan kepada pejawat awam Persekutuan termasuk guru, pasukan berunifom dan lain-lain perkhidmatan.
Ringgit mendatar berbanding dolar AS ketika dibuka
Ringgit kekal tidak berubah berbanding dolar AS namun lebih tinggi berbanding mata wang utama lain ketika dibuka pada Rabu.
Polis terima 182 laporan terhadap Hannah Yeoh
Polis menerima 182 laporan dibuat terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hanna Yeoh yang didakwa berhasrat memurtadkan umat Islam.
Sarawak mahu acara perasmian Sukan SEA 2027 berlangsung di Kuching
Sarawak mahu acara perasmian Sukan SEA 2027 diadakan di bandar raya Kuching selaku penganjur bersama temasya sukan itu.
Padang kriket Sarawak dinaik taraf selepas SUKMA - Abdul Karim
Buat masa ini padang tersebut tidak mempunyai kemudahan asas seperti bilik persalinan pemain dan tempat duduk penonton.
Keputusan Gua Niah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO bakal diketahui bulan ini - Abdul Karim
Keputusan pemohonan Sarawak untuk menyenaraikan Gua Niah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO , bakal diketahui hujung bulan ini.
MM2H: Sarawak mahu penjelasan terperinci - Abdul Karim
Sarawak mahu penjelasan daripada kerajaan Persekutuan mengenai penurunan 'kuasa' yang melibatkan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).
Larian baton SUKMA 2024 berakhir di Kuching
Larian itu sebelum ini melalui Limbang, Miri, Bintulu, Mukah, Sibu, Kapit, Sarikei, Betong, Sri Aman, Serian dan Samarahan.
Setiap negeri perlu labur untuk Malaysia gapai emas Olimpik - Abdul Karim
Tanggungjawab untuk pembangunan bakat sukan tidak sepatutnya diserahkan bulat-bulat kepada Kementerian Belia dan Sukan Persekutuan.
Pertimbang keputusan henti permohonan MM2H di Sabah dan Sarawak
MOTAC dimohon agar mempertimbangkan keputusan menghentikan operasi permohonanan program MM2H yang bakal menjejaskan sektor pelancongan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Tawaran Sarawak untuk jadi antara venue Sukan SEA 2027 terima maklum balas positif
Perkara itu hasil beberapa mesyuarat yang diadakan setakat ini dengan Kerajaan Persekutuan.
Rundingan autonomi pelancongan masih berlangsung - Abdul Karim
Rundingan itu penting untuk menyatakan hak Sarawak seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 bagi memasukkan perkara pelancongan.
Kos SUKMA Sarawak dianggar hampir RM300 juta
Kos penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak tahun ini dianggarkan hampir RM300 juta, antaranya meliputi kerja-kerja menaik taraf venue sukan serta perbelanjaan keperluan logistik.