KUCHING: Keputusan pemohonan Sarawak untuk menyenaraikan Gua Niah di Miri, kira-kira 500 kilometer dari sini sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), bakal diketahui hujung bulan ini.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah optimis Gua Niah mampu mendapat pengiktirafan UNESCO memandangkan gua itu pernah didiami oleh manusia kira-kira 65,000 tahun dahulu.
"Sarawak sudah sampai ke penghujung perjalanan untuk mendapat pengiktirafan antarabangsa bagi Gua Niah. Badan di bawah UNESCO akan membuat pengumuman mengenainya akhir bulan ini di New Delhi.
"Wakil-wakil kita akan hadir di sana, dan daripada maklum balas yang diterima insya-allah menunjukkan kita akan mendapat pengiktirafan itu," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata sekiranya Sarawak berjaya memperolehinya, Gua Niah akan menjadi satu lagi produk pelancongan yang akan membawa manfaat besar kepada sektor pelancongan bagi memperkukuhkan lagi warisan budaya dan sejarah Malaysia di mata dunia.
Beliau yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak berkata demikian pada sesi temu bual khas bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.
"Gua Niah mempunyai nilai sentimental yang tinggi selain mudah dihubungi melalui jalan darat dari bandar Miri, hanya mengambil masa lebih kurang satu setengah jam dan sedikit perjalanan kaki.
"Ini memberi peluang kepada rakyat tempatan, termasuk dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak sendiri untuk melihat khazanah dunia," katanya.
Jelas Abdul Karim sebelum ini, rekod menunjukkan manusia pernah tinggal di Gua Niah 40,000 tahun lepas namun dengan teknologi serta kajian terbaharu yang dibuat Muzium Sarawak dan University of New South Wales, Australia, ia menunjukkan manusia telah mendiami Gua Niah jauh lebih lama.
Bahagian Miri akan menjadi salah satu lokasi penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang dijadual berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2024

Abdul Karim optimis Gua Niah mampu mendapat pengiktirafan UNESCO memandangkan gua itu pernah didiami oleh manusia kira-kira 65,000 tahun dahulu. - Foto Bernama

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.

Gua Niah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia UNESCO
Kompleks Gua Taman Negara Niah di Sarawak diiktiraf sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia UNESCO.

Tulang manusia prasejarah Gua Niah tiba di Kuching
Serpihan tulang berkenaan ditemui pada tahun 1950-an oleh pasukan penyelidik yang diketuai oleh Kurator Muzium Sarawak ketika itu, Tom Harrison.