Biarpun kaunter jualan tiket mula dibuka pada pukul 11 pagi tadi, penyokong mula beratur panjang di luar Stadium Shah Alam sejak pukul 6 pagi, lapor Berita Bola Semasa.
Sudah ada yang bermalam di stadium Shah Alam malam ni utk menunggu beli tiket Final Sukan Sea 2017
— Berita BOLA Semasa (@BBSemasa) August 27, 2017
Esok kaunter tiket akan buka pukul 11am pic.twitter.com/x1LZNSIP2C
— Berita BOLA Semasa (@BBSemasa) August 28, 2017
Keadaan di stadium shah alam ketika ini .. pic.twitter.com/Lzi9Wxywc9
— Berita BOLA Semasa (@BBSemasa) August 28, 2017
Tinjauan di media sosial Instagram dan Twitter membuktikan penyokong sudah tidak sabar menantikan perlawanan Malaysia dan Thailand esok.
"Gigih betul sampai tidur depan stadium," tulis @AmiraAsniza.
Tidak lelah beratur panjang, penyokong yang berjaya mendapatkan tiket ke perlawanan akhir esok berkongsi kegembiraan masing-masing.
Dapat dah member ... pic.twitter.com/t7zRAa1TED
— Berita BOLA Semasa (@BBSemasa) August 28, 2017
#kl2017 #bolasepak Orang ramai gembira memperolehi tiket final bola sepak Malaysia lawan Thailand 29 Ogos ini di Stadium Shah Alam. pic.twitter.com/jnrHd5tiTF
— Harian Metro (Arena) (@ArenaHM) August 28, 2017
Kemas kini akaun Instagram Astro Arena juga membuktikan keterujaan penyokong tempatan beratur membeli tiket sehingga tengah hari tadi.