KUALA LUMPUR: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati dipilih menjadi lokasi program School Attack yang dianjurkan oleh Astro bagi mempromosikan musim kelima siri popular "SMK".


Ringkasan AI
  • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati dipilih menjadi lokasi program School Attack oleh Astro untuk mempromosikan musim kelima siri popular "SMK".
  • Acara ini mempertemukan pelakon "SMK" dengan 250 pelajar, mengimbau kenangan zaman sekolah melalui aktiviti seperti permainan tradisional dan sesi meet and greet.
  • Pelakon seperti Elly Mazlein, Wafiy Ilhan, Kimberly Chuah, dan Mia Sara berkongsi pengalaman mereka dan menghidupkan semula nostalgia zaman persekolahan.


Acara yang berlangsung meriah itu mempertemukan pelakon "SMK" dengan 250 pelajar, sambil mengimbau kenangan zaman sekolah menerusi aktiviti seperti permainan tradisional dan sesi meet and greet.

Astro anjur School attack, promosi SMK musim ke-5 di SMK Taman Melawati

Bagi Elly Mazlein, atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom, lawatan ini membawa elemen istimewa kerana wataknya sebagai Cikgu Aini dalam musim kelima turut mengimbau zaman persekolahan.

“Untuk musim ini, watak saya ada flashback ke era 90-an. Sebab itu hari ini saya pakai seragam sekolah, untuk menghidupkan semula nostalgia.

"Aktiviti di sini juga seperti bermain lawan pemadam dan osom benar-benar mengembalikan kenangan lama.

“Kami datang ke sini untuk menghargai peminat setia 'SMK' dan memberi mereka pengalaman yang dekat dengan siri ini,” katanya.

Sementara itu, pelakon utama sejak musim pertama, Wafiy Ilhan, menyifatkan acara School Attack sebagai peluang istimewa untuk menghubungkan pelakon dengan penonton muda.

“Dah lama kami tidak buat aktiviti seperti ini. Saya harap acara seperti ini memberi motivasi kepada pelajar untuk lebih bersemangat ke sekolah sambil menikmati kegembiraan bersama siri SMK.

“Saya gembira melihat mereka semua begitu teruja, dan ini memberi inspirasi kepada kami untuk teruskan program ke sekolah-sekolah lain,” tambahnya.

xxx

Pelakon baharu, Kimberly Chuah, pula meluahkan rasa terharu melihat sambutan pelajar terhadap musim terbaru "SMK".

“Ini kali pertama saya sertai jelajah seperti ini, dan ia sangat bermakna apabila pelajar berkongsi betapa mereka mengikuti siri ini sejak musim pertama.

“Musim kelima ini memperkenalkan watak-watak baharu seperti watak saya, Chelsea, dengan jalan cerita yang lebih matang. Ia pasti memberikan sesuatu yang segar untuk penonton,” katanya.

Mia Sara, yang juga antara pelakon siri ini, menyifatkan acara hari ini sebagai pengalaman yang penuh nostalgia bagi dirinya.

“Walaupun saya baru 20 tahun, perasaan berada semula di sekolah buat saya terkenang zaman persekolahan, kembali ke sekolah hari ini mengingatkan saya pada kenangan lama bersama kawan-kawan dan cikgu-cikgu.

“Melalui permainan tradisional seperti osom dan lawan pemadam, saya rasa kita berjaya mencipta semula suasana yang menyeronokkan untuk semua,” ujarnya.

"SMK" musim kelima yang bersiaran setiap Isnin jam 9 malam di Astro Ceria, menjanjikan kisah yang lebih matang dengan tema persahabatan, kekeluargaan, dan cabaran kehidupan remaja.