Sebelum ini, beliau turut berpeluang ke Abu Dhabi untuk melihat sendiri kecanggihan Khabib Gym yang mempunyai fasiliti bertaraf dunia dalam sukan mempertahankan diri seperti seperti Jiu-Jitsu, Muay Thai, boxing, dan wrestling.
Usaha itu merupakan tanda komited Kerajaan Negeri itu dalam pembangunan fasiliti sukan bertaraf dunia yang memberikan manfaat buat masyarakat untuk melibatkan diri dalam kancah sukan itu selain melahirkan atlet bertaraf dunia.
"Pembukaan Khabib Gym di negeri Johor. Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.
"Syukur Alhamdulillah, saya dan delegasi Kerajaan Negeri Johor berkesempatan mengadakan perjumpaan bersama Khabib 'The Eagle' Nurmagomedov, bekas Juara Dunia UFC Kategori Lightweight di Abu Dhabi.
"Semasa sesi mengadap DYAM Pemangku Sultan Johor dengan Khabib Nurmagomedov pada awal Oktober lalu, kami telah berbincang mengenai program pembangunan belia dan cadangan untuk membuka gimnasium latihan di negeri Johor.
"Menerusi perjumpaan hari ini, saya telah menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) bersama Khabib Nurmagomedov bagi pembukaan Khabib Gym di negeri Johor.
"Delegasi Kerajaan Negeri juga berpeluang melawat The Eagle, MMA atau Khabib Gym yang terletak di Abu Dhabi. Saya amat kagum melihat sendiri fasiliti bertaraf dunia yang ada di sini, termasuk MMA octagon serta ruang khas untuk seni mempertahankan diri seperti Jiu-Jitsu, Muay Thai, boxing, dan wrestling.
"Selain itu, gimnasium ini juga dilengkapi dengan peralatan lengkap untuk latihan kardio dan angkat berat. Fasiliti pemulihan juga turut disediakan, termasuk sauna dan kolam renang yang memberi peluang kepada pengguna mencapai prestasi terbaik dalam menjalankan latihan." katanya menerusi perrkongsian di Instagram. - Stadium Astro