Khabib kononnya diarah mengubah tempat duduknya hanya kerana rungutan seorang wanita yang tidak begitu senang dengan kehadiran secara berdekatan.
CAIR dalam kenyataannya menuntut supaya siasatan dan tindakan sewajarnya dilakukan berikutan insiden tersebut yang seakan mengamalkan sentimen perkauman terhadap bekas atlet tempur itu.
Sementara itu, pengurus kepada atlet kelahiran Rusia itu, Ali Abdelaziz, menegaskan perkara itu tidak akan menjejaskan persiapan legenda seni mempertahankan diri (MMA) itu menghadapi UFC 311 di Amerika Syarikat hujung minggu ini.
Khabib akan berada di California bagi menyaksikan tiga pertarungan saudaranya, Tagir Ulanbekov, Islam Makhachev dan Umar. -- Stadium Astro