KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan akan terus menyalurkan bantuan menerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) sebagai menghargai jasa bekas-bekas atlet yang telah mengharumkan nama negara.
Beliau berkata kerajaan baru-baru ini telah menyumbang peruntukan sebanyak RM3 juta kepada YAKEB untuk tahun ini bagi melaksanakan lebih banyak program seperti penganjuran kursus dalam bidang keusahawanan yang dapat memberi manfaat dan menambah sumber pendapatan ahlinya.
"Waktu kerajaan lain memerintah negara 22 bulan, bukan sahaja sumbangan tak diberikan malah ada cadangan nak tutup YAKEB...tahun depan ada lagi (peruntukan kepada YAKEB).
"Besar jasa atlet ini, bukan senang Jalur Gemilang boleh dikibarkan di luar negara dan lagu Negaraku tidak akan berkumandang begitu sahaja sebaliknya ia adalah atas usaha atlet-atlet yang mencapai kejayaan," katanya pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-7 YAKEB di sini hari ini.
Ismail Sabri turut meminta YAKEB untuk lebih proaktif dalam membantu bekas atlet negara yang menghadapi masalah bagi mengelakkan mereka dimanipulasi pihak tertentu.
Perdana Menteri berkata usaha itu dapat meringankan beban bekas atlet yang berdepan masalah kewangan serta mendapatkan rawatan kesihatan.
"Kadang ada sesetengah pihak cuba memanipulasi bekas atlet ini untuk kepentingan mereka termasuk isu seorang bekas atlet paralimpik yang dikatakan terpaksa jual tisu di tepi jalan sebelum ini.
"Saya dimaklumkan YAKEB sudah cuba bantu termasuk memberikan tawaran bekerja tetapi ditolak dan selepas ditolak akhirnya jatuh ke tangan pihak tidak bertanggungjawab dan memberi imej tak baik kepada YAKEB dan kementerian," katanya.
Ismail Sabri berkata terdapat ramai bekas atlet masih belum mendaftar dengan YAKEB dan beliau mahu yayasan itu berusaha mendaftarkan lebih ramai bekas atlet bagi memastikan urusan bantuan dapat diberikan sebaik mungkin.
Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengarahkan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk mengenal pasti sebahagian daripada tanah kosong milik Kementerian Belia dan Sukan bagi tujuan pembinaan Wisma YAKEB.
"Insya-Allah selepas itu boleh buat penentuan kos dan mohon kepada kerajaan dari segi kos pembinaan bangunan wisma YAKEB," katanya.
Beliau percaya pembinaan wisma tersebut membolehkan YAKEB meneruskan program mahupun kursus dengan lebih teratur bagi kemudahan ahli di bawah satu fasiliti lebih besar.
Beliau juga percaya dan yakin dengan peranan YAKEB menjadi sebuah yayasan cemerlang melalui perkhidmatan berkualiti, berkeprihatinan dan berintegriti untuk keperluan ahlinya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 03 2022

Ismail Sabri ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke -7 Yayasan Kebajikan Atlet kebangsaan hari ini. - Foto BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.

Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.

Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.

Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.

Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.

MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.

PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.

Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.