GARETH SOUTHGATE berkata England sudah bersedia untuk mencabar Kejohanan Eropah selepas melayakkan diri ke Euro 2024 daripada kumpulan paling sukar dalam pusingan kelayakan dan masih berbaki dua perlawanan.
Selepas bangkit daripada kekecewaan tewas di tangan Perancis dalam suku akhir Piala Dunia pada Disember lalu, England bangkit menewaskan Itali di Naples pada Mac lalu dan mereka kemudian meraihtiga lagi kemenangan dan satu keputusan seri dengan Ukraine untuk memastikan naib juara Euro 2020 itu layak secara automatik ke kejohanan utama di Jerman tahun depan.
Pasukan dengan rekod tanpa kalah itu hanya memerlukan satu mata dalam perlawanan menentang Itali di Stadium Wembley awal pagi tadi tetapi mereka mempamerkan aksi luar biasa di depan ribuan penyokong sendiri untuk bangkit daripada ketinggalan sebelum mencatatkan kemenangan 3-1.
"Saya amat gembira untuk memenangi perlawanan malam ini," kata pengurus England, Southgate, selepas pasuknnya sah layak ke Euro 2024.
"Itulah yang lebih utama. Kami tahu perlawanan berdepan negara terbaik seperti ini merupakan perlawanan yang kami mahu menangi.
"Kami masih mahu memenangi perlawanan bulan depan kerana ia boleh mempengaruhi kedudukan kami.
"Amat bagus dapat layak lebih awal. Saya fikir ini adalah pasukan kelayakan paling sukar dengan Ukraine, Itali dan dengan keputusan yang diperoleh Macedonia Utara," katanya.
England seterusnya akan berdepan Malta di laman sendiri sebelum melengkapkan kempen kelayakan itu dengan kunjungan ke laman Macedonia Utara bulan depan.
Di tanya mengenai kedudukan England sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai Euro 2024, Southgate menambah: "Saya fikir kami perlu menerimanya.
"Saya fikir tekanan datang apabila jangkaan berbeza dengan realiti dan realitinya, kami akan menjadi salah satu pasukan yang mampu menang.
“Ada pasukan lain. Anda tahu, ia (pasukan yang) sangat kuat. Anda hanya perlu melihat 10 negara Eropah teratas dan pada mana-mana hari tertentu, satu pasukan boleh mengalahkan mana-mana pasukan."
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Astro Arena
Wed Oct 18 2023

England mempamerkan aksi luar biasa di depan ribuan penyokong sendiri untuk bangkit daripada ketinggalan sebelum mencatatkan kemenangan 3-1.- Gambar fail/AP

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

EURO 2024: Itali tekad bangkit daripada aksi berkarat
Luciano Spalletti sasar untuk mengembalikan Itali ke tahap terbaik ketika menghadapi ujian Croatia.

Euro 2024: Cristiano Ronaldo naik meluat dengan peminat?
Ronaldo dan seluruh pemain Portugal dan Turkiye kelihatan sangat kecewa dengan pencerobohan peminat.

Euro 2024: Tielemans, De Bruyne pimpin Belgium ke puncak
Belgium rekod kemenangan 2-0 ke atas Romania sekali gus kembali menemui rentak kemenangan dalam saingan Euro 2024.

Euro 2024: Tiada gol tidak mengapa, Cristiano Ronaldo pecah rekod lagi!
Ronaldo buka laluan kepada Bruno Fernandes untuk jaringkan gol - bantuan ketujuh superstar itu dalam edisi Euro kali ini.

EURO 2024: Portugal tidak ragui kecergasan Cristiano Ronaldo
Roberto Martinez tidak meragui keupayaan Cristiano Ronaldo untuk beraksi sepanjang 90 minit dalam kempen EURO 2024.

EURO 2024: Perancis bernasib baik, Austria berjuang hingga tamat
Sebanyak tujuh layangan kad kuning dikeluarkan oleh pengadil dari Sepanyol, Jesus Gil Manzano, dalam aksi panas tersebut.

Euro 2024: Ronaldo sedia berikan segalanya buat Portugal, kata Martinez
"Tiada pemain lain di dunia ini yang mampu membawa apa yang boleh dilakukan Ronaldo di bilik persalinan."

Euro 2024: Gol tunggal Jude Bellingham pastikan England dahului Kumpulan C atasi Serbia
Pemain berusia 20 tahun itu bijak menghidu lambungan lintang Bukayo Saka untuk menanduk masuk gol pembukaan England pada minit ke-13.

Polis Hamburg tembak lelaki bersenjatakan tukul besi semasa perarakan peminat bola sepak
Polis melepaskan tembakan ke arah seorang lelaki bersenjatakan tukul besi semasa perarakan peminat bola sepak Belanda di Hamburg, Jerman, pada Ahad.

Euro 2024: Belgium tidak kisah label underdog
Belgium tidak bimbang tanggapan mereka bukan pasukan pilihan untuk mendominasi Euro 2024.