PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan meneliti ancaman siber terhadap pemain badminton perseorangan lelaki profesional negara, Soong Joo Ven baru-baru ini.
Menterinya Hannah Yeoh berkata Kod Sukan Selamat yang dilancarkan KBS pada 15 Mac lepas turut merangkumi buli siber seperti yang dialami oleh Joo Ven selepas tersingkir di pusingan kelayakan Madrid Spain Masters pada Selasa lepas.
"Kod Sukan Selamat adalah untuk wujudkan persekitaran yang selamat, ia merangkumi ancaman dalam talian. Kita belum bincang lagi dengan pegawai pelindung mengenai kes ini, saya sebenarnya tidak tahu pun mengenai kes ini.
"Tetapi kita akan teliti selepas ini. Kita ada senaraikan cara buat aduan (bagi atlet) untuk memudahkan atlet membuat aduan...kalau ada aspek jenayah, polis akan siasat," katanya pada sidang media direktori fasiliti KBS di sini hari ini.
Joo Ven, 27, sebelum ini menerima komen negatif di akaun media sosialnya, selepas pemain di ranking 51 dunia itu gagal menempah tiket ke pusingan utama susulan tewas 21-19, 27-29, 16-21 selepas perlawanan berlangsung lebih sejam.
Kod Sukan Selamat merangkumi panduan dan rujukan kepada komuniti sukan mengenai skop sukan selamat dan tanggungjawab mengenai aspek keselamatan gangguan seksual, buli dan keganasan.
Sementara itu, Hannah menjangkakan lebih banyak aduan akan diterima oleh pihaknya apabila kesedaran mengenai Kod Sukan Selamat meningkat.
"Ini tak semestinya buruk kerana kita ada kesedaran sekarang. Mungkin kes baharu atau lama, tetapi kerana ada kesedaran atlet akan tahu ini salah (selepas memahami kod itu). Kita perlu pastikan atlet dan jurulatih tahu undang-undang," katanya.
Dalam pada itu, Hannah berkata beliau akan berbincang dengan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mempercepatkan pelantikan jurulatih skuad berbasikal bukit (MTB), menggantikan jurulatih yang digantung berikutan laporan gangguan seksual.
Jumaat lepas, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mengesahkan menerima laporan berhubung kes gangguan seksual membabitkan seorang pelumba MTB.
Atlet skuad Sukan SEA berusia 20-an itu membuat laporan polis pada Khamis, mendakwa mengalami gangguan seksual daripada jurulatihnya sendiri semasa menjalani latihan bersama pasukan.
PKBM mengambil tindakan serta-merta menggantung jurulatih berkenaan untuk membantu siasatan, namun jurulatih itu dilaporkan telah meletak jawatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 04 2023
Hannah menjangkakan lebih banyak aduan akan diterima oleh pihaknya apabila kesedaran mengenai Kod Sukan Selamat meningkat. - Gambar fail/ FB Hannah Yeoh
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
Masters China: Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin hanya perlukan 31 minit untuk mara ke separuh akhir!
Pemain beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terus mencipta kejutan apabila melangkah separuh akhir Masters China di Shenzen.
Kabinet tidak bincang cadangan hari bekerja 4 hari setengah seminggu di Johor
Jelas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, kemungkinan serba sedikit akan diteliti menerusi Annual Leaders' Retreat yang akan diadakan pada 8 dan 9 Disember depan.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.
Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.
Keputusan Sabah tidak jejas persiapan Sukan SEA 2027 - Hannah
Persiapan penganjuran Sukan SEA 2027 tidak terjejas meskipun Sabah memutuskan mahu mempertimbangkan semula cadangan menjadi penganjur bersama.
KOM 'pantau' pemenang emas SUKMA 2024
Acara olahraga yang berlangsung selama lima hari pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 menyaksikan satu rekod kebangsaan dan 11 rekod temasya baharu dirakamkan.
PM Anwar setuju Sarawak jadi penganjur bersama Sukan SEA 2027
Perdana Menteri berkata, perkara itu akan dibentang dan disahkan dalam mesyuarat jemaah menteri pada Rabu depan.
Sarawak tunggu kelulusan KBS berhubung penganjuran bersama Sukan SEA 2027
Sarawak sedang menunggu keputusan serta kelulusan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung kesediaannya menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027.
Kerajaan perlu belanja RM235 juta anjur Sukan SEA, Para ASEAN 2027 - Hannah
Kerajaan Persekutuan perlu membelanjakan kira-kira RM235 juta bagi menganjurkan temasya Sukan SEA dan Para ASEAN 2027.
SUKMA 2024: Bukan hanya kejuaraan, Sarawak juga mahu lahirkan atlet bertaraf antarabangsa
Edisi ke-21 SUKMA dapat menjadi kayu pengukur bagi menilai keupayaan Sarawak untuk menjadi tuan rumah acara di peringkat lebih tinggi khususnya selepas menawarkan diri menjadi hos bersama Sukan SEA.
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.