BANGI: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mahu semua atlet terutama daripada sukan angkat berat, agar tidak menggunakan jalan singkat dengan penggunaan bahan terlarang untuk meraih kejayaan pada mana-mana kejohanan disertai mereka.
Kesal dengan tiga atlet angkat berat Sukan Malaysia (Sukma) 2022 melibatkan dua negeri didapati positif doping pada ujian prakejohanan, beliau berkata masalah tersebut akan memberi kesan kepada sukan itu kembali disenaraikan sebagai sukan teras, selepas digugurkan akibat masalah doping.
"Ini masalah kedegilan...kita tidak guna jalan singkat capai kejayaan. Saya yakin kepada semua atlet, kalau anda semua berusaha bersungguh-sungguh tanpa menyalahi mana-mana peraturan anda mampu jadi juara.
"Kita sedia maklum angkat berat bukan lagi sukan teras sebab masalah yang sama (doping), jadi tentunya perkara terbaharu ini mengundang masalah sama untuk kita martabatkan sukan itu," katanya ketika ditemui pada majlis makan malam Sukma ke-20 di sini, malam tadi.
Mengulas lanjut, beliau percaya Majlis Sukan Negara (MSN) akan memperhalusi perkara tersebut dan membuat satu keputusan yang baik demi kepentingan negara.
Semalam, Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) mengumumkan pihaknya menarik diri daripada mengendalikan acara angkat berat Sukma ke-20, kerana ketetapan badan induk itu berhubung kesalahan berkaitan isu doping yang tidak disambut baik MSN, selepas tiga atlet Sukma diuji positif pada ujian dilakukan Agensi Anti-doping Malaysia (ADAMAS).
Menurut PABM, mereka sebelum ini membuat ketetapan bahawa jika terdapat mana-mana atlet ahli gabungan/persatuan negeri positif doping, maka atlet tersebut dan atlet lain dalam ahli gabungan/persatuan negeri itu, akan digantung daripada menyertai Sukma ke-20.
Ketiga-tiga mereka, sebelum ini dilarang daripada mengambil bahagian dalam Sukma kali ini.
Ahmad Faizal berkata berikutan itu saingan angkat berat Sukma yang sepatutnya bermula pada Isnin, hanya membuka tirai hari ini, dengan acara tersebut dikendalikan pasukan khas penggiat sukan itu dengan kerjasama MSN.
Namun, beliau berkata pihaknya masih berharap supaya PABM kembali menguruskan acara berkenaan.
Sementara itu, Ketua Kontinjen Terengganu Datuk Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak mengesahkan salah seorang atlet terpalit isu doping datangnya dari kontinjen Pantai Timur itu, namun tidak mempunyai butiran lanjut berhubung isu berkenaan.
"Memang ada atlet Terengganu terlibat (isu doping), tetapi saya sendiri tidak tahu nama atlet terlibat itu. Tindakan selanjutnya akan diambil apabila kita balik ke Terengganu, tengoklah atlet itu mahu buat ujian kedua atau macam mana," katanya.
Tun Ahmad Faizal, bagaimanapun memaklumkan moral barisan badang Terengganu yang bakal memulakan aksi hari ini, berada di tahap tertinggi untuk mempamerkan prestasi terbaik mereka.
Pada 2017, angkat berat antara satu daripada tiga sukan digugurkan daripada senarai sukan teras susulan masalah doping selain sepak takraw dan taekwondo.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 20 2022

Ahmad Faizal bersama wakil kontinjen negeri Perak pada Majlis Makan Malam Sempena Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 di sebuah hotel malam tadi. - BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.

Saya terima apa juga keputusan - Faizal Azumu
Faizal Azumu bersedia menerima apa sahaja keputusan terhadap pertandingan merebut jawatan Naib Presiden parti itu yang ditandinginya.

Jangan bersikap 'double standard' bila disiasat - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mahu semua pihak tidak mengambil sikap 'berat sebelah' dengan mengatakan kerajaan bertindak tidak adil apabila mereka disiasat.

Isu 3R: Siasatan terhadap Muhyiddin timbulkan persoalan - Bersatu
Ahmad Faizal berkata pendakwaan segera ke atas Muhyiddin oleh Peguam Negara berhubung kes itu juga menimbulkan banyak lagi persoalan.

Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.

Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

PRK Kuala Kubu Baharu: PN telah kenal pasti calon
Tidak timbul soal calon itu dari parti mana kerana apa yang paling utama individu berkenaan mewakili Perikatan Nasional, tegas Ahmad Faizal.

Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.

Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.

Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.