KERAJAAN Indonesia telah mengharamkan DuckDuckGo disebabkan enjin carian berkenaan yang memperlihatkan akses kepada kandungan atau web lucah dan judi melaluinya.

Untuk makluman, laman web lucah dan judi adalah diharamkan di negara Indonesia.

DuckDuckGo diharamkan disebabkan oleh sejumlah aduan yang diterima pihak kementerian berkenaan dengan hasil carian yang diperlihatkan olehnya.

Kerajaan Indonesia juga agak aktif dalam menghalang akses ke laman-laman yang menawarkan kandungan tidak sihat kepada pengguna, termasuk telah sedia mengharamkan akses kepada Reddit dan juga Vimeo sebelum ini.

Terdapat beberapa desas-desus juga menyatakan Indonesia akan mula mengharamkan akses kepada beberapa perkhidmatan VPN selepas ini. -Amanz