PARIS: Penyanyi Britain, Adele menggembirakan peminatnya dengan menayangkan semi-final dan final 100 meter wanita Olimpik di konsertnya di Munich.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu berjudul "Someone Like You" itu mengadakan 10 konsert di Jerman bulan ini di sebuah arena khas yang mampu menampung 80,000 orang setiap malam, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Video yang dikongsi di media sosial memaparkan perlawanan separuh akhir di stadium yang penuh sesak dan acara final disiarkan secara langsung dari Paris.

Final menyaksikan Julien Alfred dari St. Lucia memenangi pingat emas.

Pemenang 16 kali Grammy itu mengumumkan pada Julai bahawa beliau akan "berehat panjang" daripada muzik selepas siri konsertnya yang akan datang.

"Tenaga saya sangat berkurangan pada saat ini. Saya tidak mempunyai sebarang perancangan untuk muzik baharu sama sekali.

"Saya mahu berehat panjang selepas semua ini dan saya fikir saya mahu melakukan perkara lain untuk seketika," katanya kepada penyiar Jerman ZDF.

Penyanyi itu kali terakhir membuat persembahan di Eropah pada 2016 dan di UK pada Julai 2022 di festival British Summer Time di Hyde Park.

-- BERNAMA