JAKARTA: Menteri Dalam Negeri Indonesia Tito Karnavian melahirkan keyakinan mengenai keupayaan negara itu muncul sebagai satu daripada kuasa ekonomi terkemuka dunia semasa anugerah Satu Inspirasi di Jakarta pada Khamis (25 Julai), lapor Agensi Berita Indonesia (Antara).
"Pelbagai institusi yang boleh dipercayai telah meramalkan bahawa Indonesia akan menjadi ekonomi keempat paling dominan di dunia. Saya antara yang optimis dengan ramalan itu," katanya, seperti yang dipetik daripada kenyataan pejabatnya di sini pada Jumaat.
Karnavian menyoroti kejayaan China dalam berubah menjadi kuasa ekonomi global, sambil menyatakan bahawa Indonesia juga mampu mencapai pencapaian serupa, asalkan negara itu menggunakan sumber dayanya yang besar dengan berkesan dan berterusan.
Menteri itu seterusnya menekankan bahawa setiap negara mempunyai peluang untuk bersaing dan berjuang untuk mencapai tahap gergasi ekonomi, memandangkan ketiadaan satu pihak berkuasa tertinggi global yang boleh menentukan semua negara secara menyeluruh.
"Mungkin sekarang, ramai yang ragu-ragu tentang perkara ini, tetapi saya percaya ia boleh berlaku," beliau mengulangi keyakinannya.
Beliau menekankan bahawa Indonesia mesti menjadi negara prolifik dengan memanfaatkan sepenuhnya tenaga kerjanya yang besar, sumber asli yang banyak dan wilayah yang luas untuk menjadi ekonomi dominan.
"Kami tidak melihat banyak negara diberkati dengan ketiga-tiga aspek itu. Saya fikir hanya China, India, Amerika Syarikat, Indonesia, Rusia, Mexico, Brazil dan Afrika Selatan yang menggunakan aset tersebut," katanya.
Dalam ucapannya, Karnavian turut memuji penganjuran acara Satu Inspirasi yang menyampaikan anugerah kepada tokoh dari pelbagai wilayah dan kepakaran.
Beliau melahirkan kepercayaan bahawa majlis itu akan memotivasikan bakat Indonesia untuk terus meningkatkan kapasiti dan prestasi mereka.
Antara yang hadir ialah naib presiden terpilih Gibran Rakabuming Raka; presiden pengarah Bank Rakyat Indonesia milik kerajaan, Sunarso dan presiden pengarah firma gas dan minyak milik kerajaan Pertamina, Nicke Widyawati.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 26 2024

Karnavian menekankan bahawa Indonesia mesti menjadi negara prolifik dengan memanfaatkan sepenuhnya tenaga kerjanya yang besar, sumber asli yang banyak dan wilayah yang luas untuk menjadi ekonomi dominan. - Foto Instagram/Tito Karnavian
13 pelajar lelaki kolej vokasional diperintah bela diri
Mahkamah Tinggi Tawau hari ini memerintahkan 13 pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu yang didakwa membunuh pelajar kolej sama, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan pada tahun lalu, untuk membela diri.
Kurikulum baharu sejarah dijangka mula digunakan 2027
Kurikulum baharu pendidikan Sejarah yang sedang dalam proses penggubalan dijangka mula digunakan di sekolah pada 2027.
[TERKINI] Jangan bahas hingga timbul kekeliruan - Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta agar semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum.

Public Bank tamatkan aplikasi PB Engage MY berkuat kuasa Jun 2025
Selari dengan ini, semua aktiviti perbankan akan hanya disokong melalui aplikasi MyPB sahaja.
AWANI Ringkas: Titah Adendum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Anak kapal cedera dalam insiden pencerobohan di Selat Singapura
Seorang kru kapal tangki kimia yang berdaftar di Singapura, "BASSET" , cedera selepas insiden pencerobohan berlaku di Selat Singapura pada Jumaat.
Spotlight: Financial Rights of Low-Income Muslim Women
Join us on Niaga Spotlight as we explore the financial challenges faced by low-income Muslim women in Malaysia under Sharia law. With high divorce rates and rising living costs, how can legal frameworks better protect women's rights to alimony, marital property, and post-divorce financial entitlements? We feature insights from a new report by Sisters In Islam & Merdeka Centre, with expert guests Ameena Siddiqi and Dara Waheda discussing policy solutions and enforcement strategies. Don't miss this crucial conversation on gender, law, and financial justice.

Lampu Ramadan kembali menerangi London untuk tahun ketiga
Untuk tahun ketiga berturut-turut, lampu-lampu Ramadan dipasang di pusat bandar London sebagai sebahagian daripada sambutan Ramadan.

Trump beri bayangan pertimbang pelan tarif terhadap UK
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memberi bayangan bahawa beliau sedang mempertimbangkan mengenakan tarif terhadap United Kingdom.

OpenAI perkenal model bahasa raya baharu GPT-4.5
OpenAI memasarkan model ini sebagai model yang paling berpengetahuan setakat ini.

Menteri yakin Indonesia muncul sebagai kuasa ekonomi masa depan
Menteri Dalam Negeri Tito Karnavian melahirkan keyakinan mengenai keupayaan Indonesia untuk muncul sebagai satu daripada kuasa ekonomi terkemuka dunia.

Jerman beli lebih banyak produk Malaysia dalam 2017
Angka keseluruhan eksport Malaysia bagi 2017 masih belum diperolehi setakat awal Januari ini.