SINGAPURA: Seorang kru kapal tangki kimia yang berdaftar di Singapura, "BASSET" , cedera selepas insiden pencerobohan berlaku di Selat Singapura sekitar 7 pagi waktu tempatan, Jumaat.

Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pemindahan perubatan sedang dijalankan bagi membantu mangsa yang cedera.

"Kapal itu kini berlabuh di perairan Singapura, dan Pasukan Polis Pantai Singapura serta Pasukan Pertahanan Awam Singapura telah diaktifkan untuk memberikan bantuan," menurut kenyataan itu, sambil menegaskan bahawa semua anak kapal telah dikenal pasti dan berada dalam keadaan selamat.

MPA turut memaklumkan bahawa siaran keselamatan telah dikeluarkan supaya kapal lain meningkatkan kawalan keselamatan.

"Keselamatan pelayaran di sepanjang Selat Singapura tidak terjejas," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA