Fri Feb 28 2025
Ada perkembangan baik dalam perbincangan mengenai Gaza - Trump
Trump berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan yang baik mengenai Gaza dan berpendapat ia akan memberi penyelesaian kepada konflik di Asia Barat.
McDonald’s Malaysia jalin kerjasama dengan IWK, tingkat pengurusan sisa gris
McDonald’s Malaysia menjalin kerjasama dengan Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd menerusi Perjanjian Perkhidmatan Pengosongan Perangkap Lemak, Minyak dan Gris (FOG) bagi memastikan pengurusan sisa yang lebih sistematik dan mampan di restoran McDonald’s seluruh negara.
Dialog Poket Rakyat: Memacu pencapaian wanita dalam ekonomi
Apakah senario mengenai peluang dan penyertaan wanita dalam ekonomi masa kini sudah bertambah baik? Apakah strategi dan penambahbaikan polisi yang inklusif untuk memartabatkan peranan wanita dalam kerangka ekonomi Madani? Diskusi dan analisis bersama hos Nazri Kahar dan barisan ahli-ahli panel dalam Dialog Poket Rakyat jam 8.30 malam ini.
TNB: Menjana masa depan, 60% keuntungan disalur kembali kepada rakyat
TNB sebagai sebuah GLC yang bertanggungjawab, komited terhadap kemampanan kewangan dan melabur semula kejayaannya ke Malaysia, menyokong rakyat Malaysia melalui dana pencen, pembangunan ekonomi, dan penyelesaian tenaga mampu milik.
AWANI Sabah+: Majlis TVET tingkat kebolehpasaran graduan
Dalam usaha untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan, Kerajaan Sabah akan menubuhkan Majlis TVET Negeri untuk membangunkan pendidikan tersebut selari dengan agenda dan hala tuju Sabah Maju Jaya.
Jangan ambil kesempatan di sebalik syarat longgar- PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak tidak cuba mengambil kesempatan di atas keputusan kerajaan melonggarkan syarat bagi penganjuran perhimpunan aman di mana-mana tempat di negara ini.
[TERKINI] Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Ahad
Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa pada Ahad, 2 Mac 2025
Tarikh itu seperti yang diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh awal Ramadan adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
Tarikh itu seperti yang diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh awal Ramadan adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
Jemaah Menteri menjunjung kasih titah Sultan Pahang
Jemaah Menteri menjunjung kasih titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menitahkan supaya semua pihak tidak berterusan membahaskan isu Titah Adendum. Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil, berkata kerajaan akan meneruskan tindakan sewajarnya untuk memastikan tiada pihak yang menderhakai titah Al-Sultan Abdullah.
Selesai penentuan hari berpuasa
Ketika ini seluruh negara sedang menunggu keputusan bila permulaan Ramadan, setelah proses rukyah dan hilal berlangsung sebentar tadi.
Wakil AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman antara yang berkesempatan mengikuti proses cerapan hilal, yang berakhir sekitar jam 7 malam tadi di Teluk Bandung, Santubong, Kuching.
Wakil AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman antara yang berkesempatan mengikuti proses cerapan hilal, yang berakhir sekitar jam 7 malam tadi di Teluk Bandung, Santubong, Kuching.
Proses melihat anak bulan selesai seluruh negara
Bersama Syaff Shukri yang kini berada di Menara Kuala Lumpur, untuk memahami lebih lanjut mengenai proses melihat anak bulan Ramadan.
AWANI Borneo [28/2/2025] – Dipercayai Tinggalan Perang Dunia Ke-2 | Hanya Digantung Di Sabah | Promosi Kepentingan Jaga Bumi
#AWANIBorneo bersama Pia Ernadya
- Dua butir bom dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua ditemui di Papar
- Keahlian saya di UMNO Pusat masih aktif - Shahelmey
- RWMF 2025 kembali dengan 170 pemuzik handalan serata dunia
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Dua butir bom dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua ditemui di Papar
- Keahlian saya di UMNO Pusat masih aktif - Shahelmey
- RWMF 2025 kembali dengan 170 pemuzik handalan serata dunia
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
RWMF 2025 bukan sekadar hiburan, platform mendidik kepentingan menjaga bumi
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, RWMF 2025 adalah kesinambungan daripada edisi sebelum ini yang mahu mengajak pemuzik dan pengunjung bersama-sama melindungi alam sekitar dan mempromosi pelancongan bertanggungjawab.
Empat sekawan lengkapkan misi jalan kaki sejauh 585km
Selepas menempuh perjalanan sejauh 585 kilometer dari Tawau ke Sandakan dengan berjalan kaki, empat anak muda sabah berjaya menamatkan misi mereka di mercu tanda 'I Love Sandakan', Harbour Square pada Khamis.
Keahlian saya di UMNO Pusat masih aktif - Shahelmey
ADUN Tanjung Keramat, Datuk Shahelmey Yahya, memaklumkan keahlian UMNO beliau di peringkat pusat masih aktif meskipun digantung di peringkat negeri Sabah.
Sabah terima pelaburan lebih AS$2.5 bilion melalui POIC Lahad Datu
Antara pelaburan tersebut termasuk TS Asia Green Infrastructure Sdn Bhd, yang merancang untuk membangunkan kemudahan penyimpanan dan penapisan minyak di taman perindustrian POIC Lahad Datu, yang berperanan sebagai hab logistik untuk BIMP-EAGA dan rantau sekitarnya.
Penerbangan MASwings dari KK ke Lahad Datu tidak dibatalkan
Pengerusi POIC Sabah, Datuk Yong Teck Lee, menegaskan bahawa perkhidmatan penerbangan itu masih berjalan seperti biasa berdasarkan perjanjian antara MASwings dan kerajaan malaysia untuk menyediakan perkhidmatan udara luar bandar.