Malaysia bakal menggalas tugas berat dan mencabar untuk memburu tiket ke Piala Dunia 2014 apabila disenaraikan dalam Kumpulan A pada Kejohanan Hoki Piala Asia 2013 di Ipoh, Perak dari 24 Ogos hingga 1 September ini.
Undian lapan pasukan bertanding di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, itu menyaksikan Malaysia berada dalam kumpulan bersama naib juara Pakistan, Jepun dan Oman.
Manakala juara bertahan Korea Selatan disenaraikan dalam Kumpulan B bersama India, China dan Bangladesh.
Setiausaha Agung Persekutuan Hoki Asia (AHF) Tan Sri P.Alagendra berkata pembahagian kumpulan Piala Asia 2013 adalah berdasarkan senarai ranking dunia yang dikeluarkan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).
"Jadual perlawanan akan ditentukan pada akhir bulan depan selepas menerima pengesahan pasukan yang tersenarai," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat majlis AHF ke-62, di sini hari ini.
Bagaimanapun, katanya, Hong Kong dan Taiwan diletakkan sebagai pasukan simpanan sekiranya mana-mana pasukan yang tersenarai menarik diri.
Berdasarkan ranking dunia, Pakistan menduduki tangga kelima, Korea Selatan (8), India (11), Malaysia (13), Jepun (16), China (18), Oman (36) dan Bangladesh di tangga ke-40.
Sementara pasukan simpanan, Hong Kong di tangga ke-42 diikuti Taiwan di tangga ke 49.
Juara Piala Asia 2013 di Ipoh nanti akan mewakili benua Asia pada Kejohanan Piala Dunia yang disertai 12 pasukan di The Hague, Belanda, dari 2 hingga 15 Jun 2014.
Malaysia telah beraksi sebanyak enam kali pada Piala Dunia sejak 1973 dan kali terakhir menduduki tempat kelapan ketika Kuala Lumpur menjadi tuan rumah pada 2002.
Malaysia gagal melayakkan diri ke Piala Dunia pada 2006 di Monchengladbach, Jerman dan 2010 di New Delhi, India.
Pada Kejohanan Piala Asia lepas pada 2009 di Kuantan, Pahang, Malaysia menduduki tempat keempat selepas kalah 7-6 kepada China dalam pukulan penalti selepas terikat 3-3 pada perlawanan penentuan tempat ketiga.
Persekutuan Hoki Asia (AHF) hari ini menyenaraikan lapan negara yang layak bertanding di kejohanan Hoki Piala Asia 2013 di Ipoh, Perak dari 24 Ogos hingga 1 Sept ini.
Setiausaha Agung AHF Tan Sri P.Alagendra berkata pasukan itu ialah Korea Selatan, Pakistan, India, Malaysia, Jepun, China, Bangladesh dan Oman.
"Ini berdasarkan kepada kedudukan dunia (eng:world rankings) yang dikeluarkan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) (eng:International Hockey Federation).
"Cabutan akan dilakukan pada akhir Mac ini selepas kami menerima pengesahan peryertaan daripada pasukan-pasukan yang layak bertanding dan pembahagian kumpulan akan ditentukan menggunakan ranking oleh FIH," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Persekutuan Hoki Asia kali ke-62 di sini hari ini.
Alagendra berkata berdasarkan ranking FIH, Kumpulan A akan terdiri daripada Pakistan, Malaysia, Jepun dan Oman manakala Kumpulan B akan disertai Korea Selatan, India, China dan Bangladesh.
Bernama
Sat Feb 02 2013
Dialog Anak Muda: Belanjawan 2025: Macam mana ok?
Rasionalisasi subsidi RON95, kadar baharu gaji minima dan pemerkasaan TVET antara tumpuan dalam pembentangan Belanjawan 2025. Analisis isu-isu ekonomi diteruskan dalam Dialog Anak Muda 8.30 malam ini.
AWANI Tonight: Belanjawan 2025: What are the hits and misses
Bait al-Amanah's Benedict Weerasena shares his thoughts on the hits and misses of Budget 2025, which sees an allocation of RM421 bil, a 3.3% increase from the previous year.
AWANI Tonight: Key highlights from Belanjawan 2025
Key highlights from Belanjawan 2025, which includes increased allocations for Sumbangan Tunai Rahmah (STR), tax reliefs for first home buyers, and cash aid for singles, among other reforms.
PDRM pastikan insentif Belanjawan 2025 dimanfaatkan sepenuhnya - KPN
PDRM akan memastikan semua perkara yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 untuk pasukan keselamatan itu, akan dimanfaatkan sepenuhnya.
AWANI Tonight 18 Oct 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Belanjawan 2025: PM unveils record RM421 bil expenditure
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Belanjawan 2025: PM unveils record RM421 bil expenditure
#AWANIEnglish #AWANINews
It's About YOUTH: Rethinking the workplace for the younger generation
Celine Ting (@celinetingkl) from OpenAcademy and Anas Hayyan (@anashayyan) from Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI) discuss strategies for retaining and developing today's workforce, with a focus on meeting Gen Z's expectations while boosting productivity. #ItsAboutYOUth
345,000 rakyat Palestin di Gaza berdepan krisis kebuluran pada musim sejuk ini - PBB
Terdapat peningkatan ketara daripada 133,000 individu yang kini diklasifikasikan sebagai mengalami "krisis ketidakjaminan makanan."
Dua lelaki ditahan bantu siasatan penyeludupan warga Myanmar
Dua lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).
Belanjawan 2025: Peruntukan RM5.8 bilion langkah penting perkukuh ATM - PAT
Peruntukan sebanyak RM5.8 bilion untuk perolehan aset strategik serta kerja penyelenggaraan dan pembaikan dilihat sebagai langkah penting dalam usaha memperkukuh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Kes pukul: Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang dalam kemas kini di Instagram Story bertitah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Perak juara Hoki 5s Kebangsaan edisi ketiga
Skuad Perak terlebih dahulu membuka akaun jaringan menerusi Mohamad Ashran Hamsani pada minit ketiga untuk mengejutkan Pahang.
Piala Negara-Negara: Speedy Tigers akhiri kempen di tempat ketujuh
Malaysia menang 5-4 ke atas Austria dan menduduki tempat ketujuh daripada sembilan negara dalam kempen Piala Negara-Negara 2024.
Piala Asia: Thailand sekat impian Malaysia ke final
Tuan rumah berada di depan seawal minit ketujuh menerusi jaringan pukulan sudut penalti Todkaew Jiratchaya.
Piala Sultan Azlan Shah: Jepun dan Pakistan kekal rekod tanpa kalah
Juara tiga kali Pakistan terselamat apabila seri 1-1 dengan pasukan di kedudukan ke-10 dunia, New Zealand.
Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia menang tipis 1-0 ke atas Korea Selatan
Malaysia melengkapkan jadual pusingan awal Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) ke-30 dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas juara tiga kali Korea Selatan di Stadium Hoki Azlan Shah malam ini.
SASC: Speedy Tigers bangkit tewaskan Kanada 6-2
Pasukan hoki lelaki negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kanada 6-2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30, malam ini.
Sarjit bayangkan empat pemain senior sertai Speedy Tigers
Sarjit akan menyenarai pendek 18 pemain daripada 30 pemain untuk kejohanan jemputan di Ipoh dari 4-11 Mei.
Ahmad Najmi pengurus baharu Speedy Tigers
Subahan berkata, Ahmad Najmi merupakan calon yang sesuai untuk memegang jawatan tersebut.
Sarjit umum 30 pemain Speedy Tigers esok
Senarai itu akan dikecilkan dengan 18 pemain bakal disenarai bagi menyertai saingan Piala Sultan Azlan Shah pada 4 hingga 11 Mei depan.
Speedy Tigers uji kekuatan dengan New Zealand 1 Mei depan
Perlawanan persahabatan di Ipoh itu bagi menguji kekuatan Speedy Tigers yang 'berwajah' baharu sebelum beraksi di Piala Sultan Azlan Shah.