KUALA LUMPUR: Perak muncul juara edisi ketiga Kejohanan Hoki 5 Sebelah (5s) Kebangsaan kategori lelaki selepas menundukkan juara bertahan Pahang 4-1 dalam aksi final di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil di sini semalam.
Skuad bimbingan jurulatih Perak Muhammad Husaini Mohd Husin terlebih dahulu membuka akaun jaringan menerusi Mohamad Ashran Hamsani pada minit ketiga untuk mengejutkan Pahang.
Perak dengan status pendatang baharu meneruskan usaha meningkatkan jaringan apabila menyumbat tiga lagi gol menerusi Azmilmuizzuddin Misron (12'), Mohamad Ashran (13') dan Muhammad Fahmi Khalid (14').
Pahang pula terpaksa 'gigit jari' dengan gol sagu hati menerusi Shafiq Ikhmal Daniel Suzaini berbaki lima minit sebelum permainan tamat.
Selaku juara, Perak membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, pingat dan piala, manakala Pahang menerima hadiah wang tunai RM3,000 dan pingat.
Sementara itu, Muhammad Husaini berkata keazaman tinggi ditunjukkan barisan pemain menjadi kunci kejayaan pasukan yang muncul juara pada penampilan sulung mereka di kejohanan berkenaan.
"Kali pertama menyertai setelah tiga edisi tidak sangka dapat jadi juara. Apapun ini semua kerja keras pemain dan saya juga pesan kepada pemain bahawa Pahang adalah juara bertahan namun jangan terlalu memikirkan perkara itu," katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan di sini semalam.
Bagi kategori wanita pula, PDRM dinobatkan selaku juara selepas menewaskan Kuala Lumpur (KL) 3-1 pada aksi final semalam.
PDRM meraih gol menerusi Nurul Najihah Mansur pada minit ketiga, Wan Norfaiezah Md Saluti (11') dan Norazlin Sumantri (18'), manakala gol tunggal KL dijaring Nur Zafirah Aziz (12').
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 20 2024

Pemain hoki Pahang Muhamad Izham Aznar (tengah) bertemu pemain hoki Perak Shazril Iran Nazi (kanan) pada Liga Hoki 5s Malaysia 2024 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, 20 Julai 2024. --fotoBERNAMA

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Julang Piala TNB misi seterusnya Faizal Saari
Penyerang prolifik itu menyifatkan dengan menjuarai piala itu bakal menjadi simbol penguasaan THT dalam kancah Liga Hoki Malaysia (MHL).

THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.

THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia
Ia merupakan kemenangan kelapan berturut-turut THT untuk mengumpul 24 mata setakat ini, mengatasi TNB di tangga kedua dengan 21 mata.

AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang AGM KLHA Sabtu ini.

Young Tigers tempah slot ke separuh akhir Piala Remaja Asia 2024
Young Tigers sah ke peringkat separuh akhir dan Piala Dunia Remaja tahun depan serta akan bertemu India esok untuk memburu slot ke final.

Piala Remaja Asia: Malaysia teruskan rentak kemenangan belasah tuan rumah
Malaysia kini menerajui Kumpulan B dengan enam mata daripada dua perlawanan dan akan menghadapi Bangladesh bagi perlawanan ketiga pada Sabtu ini.

Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.

ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.

ACT Wanita: Malaysian Tigress bangkit, tundukkan Korea Selatan 2-1
Ia merupakan kemenangan pertama skuad negara selepas dua aksi pusingan round robin yang berkesudahan dengan tewas kepada India dan China.