SHAH ALAM: Pemain beregu lelaki utama negara Soh Wooi Yik tersenyum bangga selepas berjaya menewaskan beregu Jepun bersama pasangannya, Aaron Chia di hari ulang tahun kelahirannya yang ke-26 semalam pada aksi separuh akhir pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 di sini semalam.
Wooi Yik, juara dunia 2022 itu berkongsi peristiwa kekalahan kepada pasangan Jepun pada kejohanan sama dua tahun lepas menjadi pembakar semangat buatnya untuk bangkit menewaskan Akira Koga-Taichi Saito dengan menamatkan permainan yang diheret ke set penentuan itu dengan keputusan 15-21, 21-17 dan 21-10 di Pusat Konvesyen Setia City.
"Pada kejohanan BATC dua tahun lalu, saya juga kalah dengan Jepun masa hari lahir. Jadi ia bagi semangat untuk saya bangkit, tidak boleh kalah macam ini. Hari lahir jadi mahu tunjuk (terbaik) kepada peminat (yang hadir).
Harapan untuk tahun ini? Memang harap saya dan Aaron kejar impian di Sukan Olimpik dan dapat emas untuk Malaysia," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Pada aksi terakhir peringkat Kumpulan B pada kejohanan BATC 2022 menyaksikan Aaron-Wooi Yik ditumpaskan Ayato Endo-Yuta Takei, 21-23 dan 16-21 sehari selepas hari lahirnya (18 Feb).
Bagaimanapun Malaysia tetap mara ke final kejohanan sama untuk menjulang piala berkenaan buat julung kalinya dengan menewaskan juara bertahan Indonesia 3-0.
Terdahulu, pada edisi 2024 semalam menyaksikan pasukan lelaki negara hanya selangkah lagi untuk mempertahankan gelaran apabila mara ke final BATC, hari ini selepas menewaskan Jepun 3-1 pada perlawanan separuh akhir.
Malaysia akan berhadapan perlawanan getir bertemu China pada 4 petang, selepas negara Tembok Besar itu mengalahkan Korea Selatan 3-2 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 17 2024

Soh Wooi Yik (kiri) dan Aaron Chia (kanan) ketika beraksi menentang beregu Jepun Akira Koga dan Taichi Saito pada perlawanan separuh akhir BATC 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, semalam. --fotoBERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Jurulatih baharu: Kami beri cadangan namun terserah pada BAM - Aaron
Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui sudah mengemukakan beberapa calon ketua jurulatih beregu lelaki baharu kepada BAM bagi menggantikan Tan Bin Shen.

Aaron-Wooi Yik fokus kembalikan prestasi sebenar
Pemain beregu lelaki nombor satu negara Soh Wooi Yik berazam mengembalikan prestasi sebenar bersama pasangannya Aaron Chia sekembalinya pulih dari kecederaan.

Sambung kontrak, balas jasa BAM dengan pingat emas - Aaron
Keputusan Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk terus di bawah BAM adalah untuk membalas jasa persatuan itu dengan pingat emas pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Aaron-Wooi Yik tidak rehat lama lepas menang gangsa Olimpik Paris
Usai kempen Olimpik Paris, beregu lelaki negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik hanya akan berehat seketika.

Olimpik Paris 2024: Aaron Chia, Wooi Yik lolos ke separuh akhir, tewaskan jaguh India
Meskipun ketinggalan, namun pasangan negara berjaya bangkit dan menang di set terakhir 21-16, sekali gus mara ke separuh akhir.

Wooi Yik mahu maksimum penggunaan tempoh sebulan menjelang Olimpik
Wooi Yik membuat keputusan untuk terus berada di asrama ABM sehingga berlepas ke Aire Sur La Lys untuk kem latihan 10 hari bermula 10 Julai.

Piala Thomas: Malaysia diundi bertemu Jepun di suku akhir
Skuad kebangsaan akan meneruskan kempen demi misi membawa Piala Thomas pulang ke tanah air sejak kali terakhir memenanginya pada 1992.

Hadiah hari lahir, kalahkan Jepun - Wooi Yik
Wooi Yik berkongsi peristiwa kekalahan kepada pasangan Jepun pada kejohanan sama dua tahun lepas menjadi pembakar semangat buatnya.

SELBATC: Aaron-Wooi Yik bangkit pastikan kemenangan kedua Malaysia
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, melakar kebangkitan luar biasa untuk memastikan mata kedua sekali gus hanya selangkah untuk mara ke final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia.

Aaron-Wooi Yik persiap senjata rahsia untuk BATC 2024
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mempunyai 'senjata rahsia' apabila enggan mendedahkan rejim latihan baharu, dalam menghadapi Kejohanan Berpasukan Badminton Asia (BATC) 2024.