Pasangan beregu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya menumpaskan pasangan dari India Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty dalam perlawanan tiga set.
Set pertama nyata bukan milik pasangan negara apabila tumpas 13-21 kepada pasangan dari India yang kini menghuni ranking ketiga dunia.
Begitupun, set kedua, Aaron Chia dan Wooi Yik bangkit, menang dengan keputusan 21-14 di Arena Porte De La Chapelle, Paris.
Tiba di set penentuan, perlawanan semakin sengit dengan kedua-dua pasangan saling berkejar mata.
Meskipun ketinggalan, namun pasangan negara berjaya bangkit dan menang di set terakhir 21-16, sekali gus mara ke separuh akhir.