KUALA LUMPUR: Pemain beregu lelaki utama negara Soh Wooi Yik mahu menggunakan tempoh lebih sebulan menjelang Sukan Olimpik Paris 2024 semaksimum mungkin dalam misi mencabar pingat emas.
Pemain berusia 26 tahun yang muncul juara dunia 2022 bersama Aaron Chia membuat keputusan untuk terus berada di asrama Akademi Badminton Malaysia (ABM) sehingga berlepas ke Aire Sur La Lys, Perancis untuk kem latihan 10 hari bermula 10 Julai ini.
Selain itu, Wooi Yik dan Aaron bersama-sama pemain di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) - gandingan beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah dan beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei - turut meminta untuk latihan tambahan pada waktu malam bagi memantapkan persediaan menjelang temasya Paris 2024 bermula 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
"Saya mahu tinggal di ABM kerana mahu fokus sepenuhnya dan mantapkan persiapan tanpa sebarang gangguan lain. Saya boleh buat hal sendiri di sini seperti analisa permainan dan mudah (untuk akses fasiliti) di sini.
"Dalam masa singkat ini, saya fokus meningkatkan permainan sendiri dan meningkatkan keupayaan fizikal serta mempunyai sesi latihan malam. Jadi saya pun mahu berehat selepas latihan tambahan itu dan tidak mahu pergi ke mana-mana," katanya ketika ditemui pemberita di ABM, Bukit Kiara di sini.
Wooi Yik berkongsi bahawa kem motivasi bersama pakar psikologi BAM Frederick Tan di Pulau Pinang pada hujung minggu membantu mereka untuk meningkatkan motivasi dan semangat menjelang Paris 2024, serta mengajar mereka bagaimana untuk menghadapi sesuatu situasi ketika temasya terbesar dunia itu.
Sementara itu, Aaron menjelaskan latihan sebelah malam selama dua atau tiga kali seminggu, tambahan bagi latihan pagi dan petang, lebih fokus kepada memperbaiki skil dan teknik.
"Kita tak banyak masa sekarang, jadi sesi tambahan dalam dua jam ini kita gunakan untuk buat pembetulan kita punya skil," katanya yang bakal membuat penampilan kedua di Olimpik selepas meraih gangsa di Tokyo 2020.
Beliau berkata walaupun kali kedua ke Olimpik, perasaan ke Tokyo berbeza susulan pandemik COVID-19 yang menyebabkan persiapan dalam situasi yang berbeza.
Aaron percaya bahawa, bagaimana mereka menghadapi tekanan lebih penting berbanding pengalaman.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 20 2024

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik pada sesi latihan skuad badminton kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, 20 Jun 2024. -- fotoBERNAMA

Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Ahmad Zahid menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Jurulatih baharu: Kami beri cadangan namun terserah pada BAM - Aaron
Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui sudah mengemukakan beberapa calon ketua jurulatih beregu lelaki baharu kepada BAM bagi menggantikan Tan Bin Shen.

Aaron-Wooi Yik fokus kembalikan prestasi sebenar
Pemain beregu lelaki nombor satu negara Soh Wooi Yik berazam mengembalikan prestasi sebenar bersama pasangannya Aaron Chia sekembalinya pulih dari kecederaan.

Sambung kontrak, balas jasa BAM dengan pingat emas - Aaron
Keputusan Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk terus di bawah BAM adalah untuk membalas jasa persatuan itu dengan pingat emas pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Aaron-Wooi Yik tidak rehat lama lepas menang gangsa Olimpik Paris
Usai kempen Olimpik Paris, beregu lelaki negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik hanya akan berehat seketika.

Olimpik Paris 2024: Aaron Chia, Wooi Yik lolos ke separuh akhir, tewaskan jaguh India
Meskipun ketinggalan, namun pasangan negara berjaya bangkit dan menang di set terakhir 21-16, sekali gus mara ke separuh akhir.

Wooi Yik mahu maksimum penggunaan tempoh sebulan menjelang Olimpik
Wooi Yik membuat keputusan untuk terus berada di asrama ABM sehingga berlepas ke Aire Sur La Lys untuk kem latihan 10 hari bermula 10 Julai.

Piala Thomas: Malaysia diundi bertemu Jepun di suku akhir
Skuad kebangsaan akan meneruskan kempen demi misi membawa Piala Thomas pulang ke tanah air sejak kali terakhir memenanginya pada 1992.

Hadiah hari lahir, kalahkan Jepun - Wooi Yik
Wooi Yik berkongsi peristiwa kekalahan kepada pasangan Jepun pada kejohanan sama dua tahun lepas menjadi pembakar semangat buatnya.

SELBATC: Aaron-Wooi Yik bangkit pastikan kemenangan kedua Malaysia
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, melakar kebangkitan luar biasa untuk memastikan mata kedua sekali gus hanya selangkah untuk mara ke final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia.

Aaron-Wooi Yik persiap senjata rahsia untuk BATC 2024
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mempunyai 'senjata rahsia' apabila enggan mendedahkan rejim latihan baharu, dalam menghadapi Kejohanan Berpasukan Badminton Asia (BATC) 2024.