ANTOINE Griezmann mengakui Juventus terlalu unggul dalam segenap aspek selepas bintang Atletico Madrid itu dilanda kekecewaan apabila pasukannya terkandas dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) angkara Cristiano Ronaldo.
Bekalan selesa 2-0 Atletico lebur di tangan hatrik Ronaldo yang membantu kemenangan 3-0 Juve di Turin awal pagi tadi untuk melengkapkan kebangkitan di Turin.
Ronaldo menyamakan kedudukan dengan hatrik kelapannya dalam pertandingan itu untuk menyamai angka hatrik Lionel Messsi untuk Juve mengatasi Atletico 3-2 secara agregat.
Atletico -- kalah dalam perlawanan akhir edisi 2014 dan 2016 -- bergelut sepanjang permainan dan Griezmann meratapi prestasi pasukannya di tempat lawan.
"Kami tidak bermain seperti mana yang kami mahukan. Ia adalah malam yang buruk dan kami memudahkan tugas Juventus," kata Griezmann kepada Sky Sport Italia.
"Kami semua kecewa kerana gagal mempamerkan aksi sebenar. Saya yang pertama mengatakan usaha saya belum mencukupi kerana tempo permainan kami salah dan Juventus unggul dalam setiap aspek.
"Memandangkan kami memenangi pertemuan pertama 2-0, kami tidak boleh mengulas banyak. Saya tidak tahu apa yang berlaku, ia mengingatkan saya tentang perlawanan membabitkan Bayern Munich tetapi pada masa itu kami dapat membuat beberapa penyesuaian. Juve lebih unggul dalam segala aspek.
"Ronaldo merupakan pemain yang hebat: dia mempunyai tiga peluang dan menanfaatkan ketiga-tiganya."
Ronaldo mencetuskan kebangkitan Juve menerusi gol pembukaan pada minit ke-27 sebelum sekali lagi tandukannya melepasi penjaga gol Atletico, Jan Oblak, empat minit selepas babak kedua bersambung.
Bintang berusia 34 tahun itu kemudian melengkapkan perlawanan itu menerusi penalti ketika permainan berbaki empat minit.
Ketua pasukan Atletico, Diego Godin, menambah: "Kami tidak dapat mencari jalan untuk menyerang mereka.
"Mereka mampu menjaringkan gol dan kami tidak dapat menjaringkan gol yang kami perlukan untuk melayakkan diri. Kami akan terus bekerja keras sehingga habis musim ini."
Astro Arena
Wed Mar 13 2019
![Griezmann akur Juve terlalu berbisa Griezmann akur Juve terlalu berbisa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61552443125_ItalySoccer.jpg)
Antoine Griezmann (kiri) dan Blaise Matuidi (kanan) ketika beraksi semasa perlawanan pusingan 16 dalam UCL antara Juventus dan Atletico Madrid di Stadium Allianz, Turin, Itali, 12 Mac, 2019. (Foto AP)
![Pelajar tukar kod QR curi duit tabung derma Pelajar tukar kod QR curi duit tabung derma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723704365_QRCode.jpg)
Pelajar tukar kod QR curi duit tabung derma
Tindakan seorang pelajar jurusan undang-undang menukar kod QR peribadi pada tabung derma sebuah kuil akhirnya terbongkar apabila dia berjaya ditangkap polis baru-baru ini.
![Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715377_TBJapan.jpg)
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Jepun pada Khamis menamatkan nasihat risiko gempa bumi dengan magnitud yang lebih tinggi daripada biasa, seminggu selepas gegaran kuat di dasar laut Palung Nankai.
Fahmi nafi arah Google nyahaktif ciri graf penukar ringgit
Menjawab tuduhan seorang pengguna X, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menerusi platform sama menegaskan beliau tidak pernah mengarahkan penyedia perkhidmatan itu berbuat demikian.
![Tular rakaman CCTV, suspek pecah rumah di Sentul ditahan Tular rakaman CCTV, suspek pecah rumah di Sentul ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723715171_TBIPDSentul.jpg)
Tular rakaman CCTV, suspek pecah rumah di Sentul ditahan
Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam sembilan kes pecah rumah di Residensi Sky Awani 1 dan 2 di Sentul.
!['Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso 'Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723710107_TBFAhmi.jpg)
'Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso
Pengamal media sambilan yang mencarum dengan Perkeso akan dilindungi dan menerima banyak faedah sekiranya berlaku kemalangan ketika menjalankan tugas.
![Jemaah umrah terkandas di lapangan terbang Jeddah mahu penjelasan MAS Jemaah umrah terkandas di lapangan terbang Jeddah mahu penjelasan MAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715159_jeddahkandasawani.jpg)
Jemaah umrah terkandas di lapangan terbang Jeddah mahu penjelasan MAS
Beberapa penumpang menunggu lebih 24 jam untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada pengurusan MAB namun terus hampa.
![Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723712785_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu meningkatkan kepantasan dalam memberi kelulusanbagi menjadikan Malaysia tumpuan pelabur.
![Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723712690_kemalangantrelerP.jpg)
Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar
Seorang pemandu lori maut manakala kelindan cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 257 Lebuhraya PLUS arah utara, dekat sini, petang ini.
RADIO 360: Integrasi teknologi kumpul maklumat pendengar, data lebih komprehensif
RADIO 360 Malaysia merentasi 11 stesen radio Astro yang boleh diakses di aplikasi SYOK termasuk Era, Sinar, Gegar, Hitz, Mix, My dan Raaga.
![Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723706908_TBFaisalHalim.jpg)
Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak
Tindakan bintang Selangor FC, Faisal Halim yang bertemu pemain Sabah FC ketika perlawanan Liga Super minggu ke-9 mengundang rasa sebak.
![Kelayakan Euro 2024: Perancis peroleh kemenangan bergaya dalam aksi pembukaan Kelayakan Euro 2024: Perancis peroleh kemenangan bergaya dalam aksi pembukaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679706818_TBEuro.jpg)
Kelayakan Euro 2024: Perancis peroleh kemenangan bergaya dalam aksi pembukaan
The Oranje kelihangan beberapa tonggak utama menjelang perlawanan tersebut ekoran masalah kesihatan.
![Mbappe dedah Antoine Griezmann kecil hati tidak dilantik kapten Perancis Mbappe dedah Antoine Griezmann kecil hati tidak dilantik kapten Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81679643844_DidierDeschamps.jpg)
Mbappe dedah Antoine Griezmann kecil hati tidak dilantik kapten Perancis
Kylian Mbappe mendedahkan Antoine Griezmann kecewa kerana tidak dpilih sebagai ketua pasukan Perancis.
![Piala Dunia Qatar: Antoine Griezmann rendah diri setanding rekod Zinedine Zidane Piala Dunia Qatar: Antoine Griezmann rendah diri setanding rekod Zinedine Zidane](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61669506331_GIREZMANN.jpg)
Piala Dunia Qatar: Antoine Griezmann rendah diri setanding rekod Zinedine Zidane
Griezmann membekalkan hantaran penting buat gandingannya penyerang itu yang bertindak membatalkan gol penyamaan Andreas Christensen.
![Saga Griezmann: Barcelona mahu saman Atletico Madrid Saga Griezmann: Barcelona mahu saman Atletico Madrid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662783557_AntoineGriezmann.jpg)
Saga Griezmann: Barcelona mahu saman Atletico Madrid
Barcelona dan Atletico Madrid kini sedang bertelagah mengenai klausa pembelian Griezmann secara tetap.
![Kecederaan paksa Griezmann berehat panjang Kecederaan paksa Griezmann berehat panjang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51639535805_AntoineGriezmann.jpg)
Kecederaan paksa Griezmann berehat panjang
Griezmann bakal terlepas kunjungan ke Sevilla Sabtu ini dan turut diketepikan untuk bertemu Granada Rabu depan.
![Kelayakan Piala Dunia: Griezmann selamatkan Perancis daripada diaib Bosnia-Herzegovina Kelayakan Piala Dunia: Griezmann selamatkan Perancis daripada diaib Bosnia-Herzegovina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71630549500_WorldCup.jpg)
Kelayakan Piala Dunia: Griezmann selamatkan Perancis daripada diaib Bosnia-Herzegovina
Les Bleus ketinggalan gara-gara jaringan Edin Dzeko pada minit ke-36 tetapi segera menyamakan kedudukan hasil sentuhan Antoine Griezmann.
![Ronald Koeman letak harapan tinggi Antoine Griezmann terajui Barcelona Ronald Koeman letak harapan tinggi Antoine Griezmann terajui Barcelona](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/51591337416_AntoineGriezmann.jpg)
Ronald Koeman letak harapan tinggi Antoine Griezmann terajui Barcelona
Gergasi Catalan itu meratapi kehilangan penjaring terbanyak berkenaan apabila dia rasminya diumumkan sebagai bintang baru PSG secara percuma minggu ini.
![Gandingan Depay-Griezmann buat Koeman teruja Gandingan Depay-Griezmann buat Koeman teruja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71627775363_RonaldKoeman.jpg)
Gandingan Depay-Griezmann buat Koeman teruja
Ronald Koeman gembira dengan gandingan Memphis Depay dan Antoine Griezmann semasa kemenangan Barcelona 3-0 ke atas Stuttgart semalam.
![Griezmann tidak mungkin dimaafkan penyokong Atletico - Cerezo Griezmann tidak mungkin dimaafkan penyokong Atletico - Cerezo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/51591337416_AntoineGriezmann.jpg)
Griezmann tidak mungkin dimaafkan penyokong Atletico - Cerezo
Griezmann telah dikaitkan dengan perpindahan kembali ke Atletico semasa jendela perpindahan ketika ini.
![Euro 2020: Cristiano Ronaldo idola semua orang - Griezmann Euro 2020: Cristiano Ronaldo idola semua orang - Griezmann](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61624243086_CristianoRonaldo.jpg)
Euro 2020: Cristiano Ronaldo idola semua orang - Griezmann
Tanpa mengira apa jua keputusan pertembungan mereka kelak, Griezmann memuji Ronaldo dan Messi yang disifatkannya sebagai inspirasi.