MEDIA-MEDIA antarabangsa melaporkan bahawa Barcelona merancang untuk mengambil tindakan undang-undang dalam memastikan Atletico Madrid membeli Antoine Griezmann daripada mereka dengan tanda harga €40 juta (RM182.66 juta).
Pemain berusia 31 tahun itu kembali ke pangkuan Atletico secara pinjaman selama dua tahun pada 2021 dan kedua-dua kelab itu kini sedang bertelagah mengenai klausa pembelian pemain itu secara tetap.
Menurut sumber, Barca percaya Griezman telah beraksi selama lebih 45 minit dalam 30 daripada 37 perlawanannya bersama Atletico sepanjang musim lalu dan ia bermakna, Atletico perlu menandatangani pemain itu secara tetap dengan harga yang telah termaktub.
Bagaimanapun, Atletico mendakwa Griezmann perlu bermain lebih 45 minit sebanyak 50 peratus daripada perlawanannya bersama kelab itu bagi kedua-dua musim sepanjang tempoh pinjamannya untuk klausa berkenaan diaktifkan.
Griezmann, dalam pada itu, hanya diturunkan sebagai pemain gantian selepas minit ke-60 sepanjang lima perlawanan musim ini.
Menurut laporan, pasukan undang-undang Barca telah menyemak secara terperinci kontrak berkenaan dan yakin mereka di pihak yang benar tetapi pendirian Atletico juga tidak berganjak. -- Stadium Astro
Astro Arena
Sat Sep 10 2022

Barcelona dan Atletico Madrid kini sedang bertelagah mengenai klausa pembelian Griezmann secara tetap. - Stadium Astro

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Tular, Antoine Griezmann tukar jersi Atletico dengan kad pokemon
Bintang Atletico Madrid, Antoine Griezmann, tular kerana menukar jersi yang dipakai perlawanan dengan beberapa kad Pokemon.

Penyerang Perancis, Antoine Griezmann umum persaraan daripada bola sepak antarabangsa
"Kini tiba masanya untuk saya membuka lembaran baharu dan memberi ruang kepada generasi baharu." - Griezmann

Kelayakan Euro 2024: Perancis peroleh kemenangan bergaya dalam aksi pembukaan
The Oranje kelihangan beberapa tonggak utama menjelang perlawanan tersebut ekoran masalah kesihatan.

Mbappe dedah Antoine Griezmann kecil hati tidak dilantik kapten Perancis
Kylian Mbappe mendedahkan Antoine Griezmann kecewa kerana tidak dpilih sebagai ketua pasukan Perancis.

Piala Dunia Qatar: Antoine Griezmann rendah diri setanding rekod Zinedine Zidane
Griezmann membekalkan hantaran penting buat gandingannya penyerang itu yang bertindak membatalkan gol penyamaan Andreas Christensen.

Saga Griezmann: Barcelona mahu saman Atletico Madrid
Barcelona dan Atletico Madrid kini sedang bertelagah mengenai klausa pembelian Griezmann secara tetap.

Kecederaan paksa Griezmann berehat panjang
Griezmann bakal terlepas kunjungan ke Sevilla Sabtu ini dan turut diketepikan untuk bertemu Granada Rabu depan.

Kelayakan Piala Dunia: Griezmann selamatkan Perancis daripada diaib Bosnia-Herzegovina
Les Bleus ketinggalan gara-gara jaringan Edin Dzeko pada minit ke-36 tetapi segera menyamakan kedudukan hasil sentuhan Antoine Griezmann.

Ronald Koeman letak harapan tinggi Antoine Griezmann terajui Barcelona
Gergasi Catalan itu meratapi kehilangan penjaring terbanyak berkenaan apabila dia rasminya diumumkan sebagai bintang baru PSG secara percuma minggu ini.

Gandingan Depay-Griezmann buat Koeman teruja
Ronald Koeman gembira dengan gandingan Memphis Depay dan Antoine Griezmann semasa kemenangan Barcelona 3-0 ke atas Stuttgart semalam.