KUALA LUMPUR: Skuad bola keranjang negara diberikan suntikan semangat untuk memburu pingat di Sukan SEA Kemboja 2023 apabila mereka dijanjikan ganjaran lumayan bernilai sehingga RM2 juta sekiranya berjaya menghadiahkan pingat emas buat negara.
Presiden Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) Datuk Seri Lee Tian Hock berkata ia adalah dalam usaha memberikan motivasi kepada kira-kira 40 atlet dan pegawai MABA untuk membutirkan pingat pada temasya dwitahunan tersebut.
"Saya ada bagi insentif sendiri kepada pemain kalau mereka dapat pingat, insentif sama seperti tahun lalu di Vietnam, kalau mereka dapat emas akan dapat RM50,000 setiap pemain dan pegawai, untuk jurulatih RM100,000.
"Sekiranya dapat pingat perak RM20,000, jurulatih RM40,000, gangsa pemain RM10,000 dan jurulatih RM20,000, ganjaran ini bagi kedua-dua acara yang dipertandingkan, cuma bagi acara 3X3 jurulatih akan dapat sama dengan pemain," katanya pada Majlis penyerahan Jalur Gemilang dan pengumuman pasukan bola keranjang negara ke Sukan SEA Kemboja di sini pada Rabu.
Skuad bola keranjang berpasukan wanita sebelum ini sekadar membawa pulang satu pingat gangsa pada temasya dwitahunan itu di Hanoi, tahun lalu selain memperoleh ganjaran berjumlah RM10,000 daripada Tian Hock.
Skuad bola keranjang wanita bakal membuka tirai perlawanan bagi acara 3x3 bagi peringkat Kumpulan B bertemu tuan rumah Kemboja, Indonesia dan Singapura pada 6 Mei.
Bagi acara berkumpulan mereka telah diundi dalam Kumpulan A untuk bertemu Kemboja (9 Mei), Singapura (10 Mei), Indonesia (11 Mei), Vietnam (12 Mei), Thailand (13 Mei) dan Filipina pada 15 Mei ini.
Sementara pasukan lelaki menyaksikan skuad kebangsaan diundi dalam Kumpulan B bertemu Singapura, Thailand dan Kemboja acara 3x3 pada 6 Mei.
Acara berpasukan pula mereka akan membuka tirai saingan Kumpulan A bertemu Filipina pada 9 Mei diikuti menentang Singapura pada 11 Mei sebelum menutup saingan peringkat kumpulan bertemu tuan rumah Kemboja pada 13 Mei.
Sementara itu, Tian Hock berkata skuad kebangsaan tidak akan menggunakan khidmat pemain naturalisasi kerana perkara itu memerlukan beberapa prosedur sebelum mendapat kebenaran daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
"Saya harap, kalau boleh saya menyeru kerajaan dan jemaah Kabinet dapat lukuskan untuk pemain naturalisasi di negara ini, saya ada buat cadangan ini pada dialog bersama Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh tapi ini akan makan masa yang lama.
"Kita tak ada sasaran tinggi tahun ini sebab kita tahu kelemahan kita, bola keranjang kita perlukan pemain yang tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 03 2023
Lee Tian Hock berkata ia adalah dalam usaha memberikan motivasi kepada kira-kira 40 atlet dan pegawai MABA untuk membutirkan pingat pada temasya dwitahunan tersebut. - Gambar Bernama
Pertama kali dalam sejarah Denmark, pendakwa raya fail pertuduhan kes hina al-Quran
Pendakwa Raya di Copenhagen telah membawa kes pertama pelanggaran Seksyen 110e(2) Kanun Jenayah Denmark mengenai layanan yang tidak wajar terhadap kitab suci agama.
Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing
Pengadu terima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di anggota badan.
Kerugian bertambah dan hasil menurun pada suku keempat Boeing
Keputusan ini dipengaruhi oleh pemberhentian kerja dan perjanjian dengan IAM serta caj untuk beberapa program pertahanan, angkasa lepas dan keselamatan.
Malaysia terus kekal teraju kewangan Islam dunia
Malaysia berada di kedudukan pertama buat kali ke-12 berturut-turut dengan skor tertinggi 144 mata, diikuti Arab Saudi (119).
Kepengerusian ASEAN: PETRA pacu agenda tenaga, bina kemakmuran
Mesyuarat Khas Pegawai Kanan ASEAN mengenai Tenaga menerima lapan keutamaan tahunan yang dicadangkan untuk sektor tenaga ASEAN 2025.
Masters Indonesia: Beregu negara tempah tiket ke final lebih awal
Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Kai Wun Tee dijadual berentap dalam aksi beregu lelaki hari ini.
Bantuan Kasih YKM mula diagihkan hujung bulan ini
Keputusan dibuat pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Dis lepas untuk memberi bantuan secara bulanan berbanding tahunan seperti sebelum ini.
Bomba laksana projek rintis PGOK di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya - KP Bomba
PGOK merupakan penjenamaan semula Pusat Pengurusan Operasi yang bertindak sebagai nadi komunikasi dan pengoperasian JBPM.
Peruntukan tambahan untuk tingkat kompetensi bakal disalur kepada 28 kementerian - KPPA
Peruntukan tambahan berjumlah RM56 juta untuk latihan penjawat awam bagi peningkatan kompetensi dalam tujuh bidang tujahan baharu akan mula disalurkan kepada 28 kementerian dalam masa terdekat.
Polis Pahang tingkat pemantauan, rondaan di kawasan kerap berlaku kemalangan
Polis Pahang akan meningkatkan pemantauan dan rondaan, terutama di kawasan kerap berlaku kemalangan menerusi Ops Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina.
KBS tunggu laporan lengkap punca pergaduhan penyokong di stesen LRT
KBS masih belum menerima laporan lengkap berhubung punca pergaduhan antara dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan, pada Jumaat.
KBS galakkan generasi muda terlibat aktiviti kesukarelawan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan penglibatan generasi muda berumur 13 hingga 30 tahun pada sambutan hari Kesukarelawanan Belia Malaysia 2024 (HKBM 2024) pada Sabtu.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan manfaatkan untuk perkasakan belia
Malaysia akan memanfaatkan peranan sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi memperkasakan agenda belia.
Stadium Darul Makmur kembali beroperasi Mac 2025
Stadium Darul Makmur dijangka beroperasi sepenuhnya pada Mac tahun depan selepas mengambil kira tempoh matang rumput Bermuda Tifgrand yang ditanam bagi menggantikan rumput jenis Cow Grass.
Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada Jumaat.
KBS tumpu bangunkan bakat baharu empat sukan
Empat sukan yang akan diberi tumpuan oleh KBS ialah angkat berat, memanah, taekwondo dan menembak.
KBS adakan pascanilai Olimpik Paris 2024 minggu hadapan - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan sesi pascanilai Sukan Olimpik Paris 2024 pada minggu depan.
KBS, ISN sedia bantu rawatan Qi Xuan
KBS akan menyediakan bantuan kepada pemain beregu wanita negara Ng Qi Xuan yang mengalami kecederaan ketika menyertai kejohanan badminton Malaysia Super 100.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia akan anjur pertandingan TVET - Hannah
KBS telah mengusulkannya kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ia telah dipersetujui.
Lebih 4.5 juta meriahkan sambutan HSN di seluruh negara
Sambutan HSN bertujuan untuk membudayakan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif.