KUALA LUMPUR: Hasrat gandingan penerjun negara Chew Yiwei-Ooi Tze Liang untuk membuat penampilan di Sukan Olimpik Tokyo 2020 tidak kesampaian pada saingan hari kedua kejohanan Piala Dunia Terjun FINA 2021 di Pusat Akuatik Tokyo hari ini.
Yiwei-Tze Liang gagal menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik acara 3 meter (m) papan anjal seirama lelaki selepas sekadar menduduki tempat ketujuh daripada keseluruhan 12 pasangan dengan mengumpul 385.50 mata.
Pingat emas menjadi milik Jack Laugher-Daniel Goodfellow dari Great Britain yang mengumpul 440.94 mata, diikuti pingat perak dimenangi pasangan Jerman Patrick Hausding-Lars Rudiger (433.92 mata) dan gangsa milik Nikita Shleikher-Evgenii Kuznetsov dari Rusia (415.86 mata).
Bagaimanapun, peluang masih terbuka buat Yiwei dalam acara 10m platform individu lelaki yang bakal beraksi dalam acara itu, pada Isnin.
Sementara itu, pasangan Pandelela Rinong-Leong Mun Yee yang telah mengesahkan slot ke Olimpik Julai depan, terlepas peluang melakar kejayaan membanggakan dalam acara 10m platform seirama wanita.
Pandelela-Mun Yee yang mendahului pada beberapa terjunan menamatkan acara itu di tempat keempat selepas mengumpul 288.36 mata, sementara pingat emas dimenangi pasangan Kanada Caeli Mckay-Meaghan Benfeito dengan meraih 305.94 mata.
Pingat perak milik Lois Toulson-Eden Cheng dari Great Britain dengan 302.88 mata sementara pasangan Jerman Tina Punzel-Christina Wassen (292.86) merangkul gangsa.
Piala Dunia Terjun FINA 2021 yang berlangsung dari 1 hingga 6 Mei adalah kejohanan kelayakan terakhir untuk menempah tiket ke Olimpik Tokyo 2020.
Untuk rekod, empat atlet terjun negara sudah layak ke Tokyo 2020 iaitu Pandelela, Mun Yee, Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng Yan Yee sementara Cheong Jun Hoong dan Yiwei antara penerjun negara yang masih memburu slot ke temasya sukan terbesar dunia itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 02 2021
Yiwei-Tze Liang gagal menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik acara 3 meter (m) papan anjal seirama lelaki. - Bernama
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
PM Anwar bangga pencapaian wira negara di Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga atas pencapaian tujuh wira negara yang telah mengharumkan nama Malaysia di temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024.
Sze Fei-Nur Izzuddin dipertimbang sertai RTG - Hannah
Ia dibuat selepas beregu lelaki berkenaan berjaya menampilkan aksi cemerlang pada beberapa kejohanan sebelum ini.
Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia dibina di Malaysia - Norza
Inisiatif pertama dilakukan Mohamad Norza selepas terpilih sebagai Naib Presiden OCA bagi Asia Tenggara ialah pembinaan Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia di Kuala Lumpur, Malaysia.
Wanita Kampala tunjuk solidariti terhadap kematian Rebecca Cheptegei
Sebilangan besar wanita di Kampala menunjukkan solidariti terhadap kematian atlit maraton Olimpik Uganda, Rebecca Cheptegei yang dibunuh teman lelakinya di Kenya pada Jumaat.
Tarik diri Olimpik Paris, Sinner pertahan gelaran Canadian Open
Pemain tenis nombor satu dunia, Jannik Sinner, mempertahankan gelaran Canadian Open dengan kemenangan 6-2 6-4 ke atas Borna Coric dari Croatia.
‘Penyakit dalam sukan Malaysia, tumpu kepada atlet menang sahaja’ - Penganalisis
"Tengok apabila Pandelela Rinong tidak boleh bertanding, tidak ada orang yang boleh menggantikan tempatnya, begitu juga berlaku selepas Lee Chong Wei bersara. Terkapai-kapai cari pengganti."
Olimpik Paris 2024: Zii Jia mara ke suku akhir, tumpaskan Popov di laman sendiri
Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia menepati ramalan dengan mara ke peringkat suku akhir badminton Sukan Olimpik Paris 2024.
Amaran jingga di 41 wilayah susulan gelombang haba di Perancis
Cuaca panas melampau terus menjejaskan Perancis yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Paris, kali pertama dalam tempoh 100 tahun.
Olimpik Paris 2024: Aaron-Wooi Yik naib juara kumpulan, tewas kepada China
Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, muncul naib juara Kumpulan A, Sukan Olimpik Paris 2024 apabila tewas kepada gandingan pilihan utama dari China.
China, IOC sedia tingkatkan kolaborasi, majukan gerakan Olimpik
China menyokong teguh pembangunan gerakan Olimpik antarabangsa di samping mengekalkan hubungan baik dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam jangka masa panjang.