Walaupun terpaksa menarik diri daripada Olimpik Paris selepas mengalami radang tonsil, juara terbuka Australia 2024 itu tidak menunjukkan sebarang tanda kemerosotan dalam prestasinya.
Sinner memenangi gelaran grand slam sulungnya di terbuka Australia awal tahun ini, Sinner menang 85% mata servis pertamanya dan menghasilkan 21 pukulan pemenang.
Alexander Zverev juga menunjukkan prestasi dominan dengan hanya kehilangan satu mata di belakang servis pertamanya ketika meraih kemenangan 6-1 6-1 dalam masa lebih satu jam.
Namun, pemain ketiga dan juara 2021, Daniil Medvedev, mengalami kekalahan awal apabila tumbang 4-6 6-1 2-6 kepada Alejandro Davidovich Fokina dari Sepanyol.
Sementara itu, pemain kelima, Andrey Rublev, melangkah ke pusingan seterusnya selepas mengalahkan Tomas Martin Etcheverry dari Argentina 7-6(3) 6-2 manakala pemain keenam, Casper Ruud, meraih kemenangan 6-2 6(5)-7 6-3 ke atas James Duckworth dari Australia.