Aaron dan Wooi Yik bermula perlahan dalam set pertama dan mereka pada satu ketika membenarkan lawan untuk memperoleh enam mata berturut-turut untuk ketinggalan 10-17.
Bagaimanapun, mereka bangkit menghapuskan lima mata akhir lawan untuk mengikat kedudukan 20-20 sebelum akur tewas 24-22.
Aksi dalam set kedua pula jelas menjadi milik lawan, di mana Aaron dan Wooi Yik tewas 14-21 selepas secara keseluruhan bertarung selama 41 minit.
Walaupun pasangan negara itu tewas kepada wakil China namun mereka sudah layak untuk beraksi di pentas suku akhir.
Aaron-Wooi Yik mengakhiri saingan kumpulan A di tempat kedua manakala wakil China itu dinobatkan sebagai juara.
Berdasarkan rekod, kekalahan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik kini tewas tiga perlawanan dalam sembilan pertemuan dengan wakil China berkenaan.