IPOH: Kegagalan menterjemahkan peluang kepada jaringan gol mengakibatkan pasukan Perak FC II terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 menentang Kelantan FC dalam aksi Liga Premier di Stadium Perak di sini malam tadi.
Pengendali Perak FC II Syamsul Saad berkata pasukannya beberapa kali mendapat peluang terhidang di hadapan pintu gol lawan terutama pada separuh masa pertama namun barisan serangan gagal menggunakan kesempatan berkenaan.
“Boleh katakan setiap perlawanan sebelum ini pun kami selalu dapat peluang di separuh masa pertama. Kadang-kadang sampai dua atau tiga kali dapat peluang satu lawan satu dengan penjaga gol lawan tapi sampai sekarang kami masih gagal gunakan peluang itu.
“Kalau kami gagal guna peluang yang ada, ia akan memberi tekanan kepada pemain pertahanan untuk memastikan pintu gol kami pula tak bocor. Jadi, saya rasa benda ini sedikit sebanyak sudah jadi satu masalah pada pasukan saya,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas perlawanan itu.
Dalam perlawanan yang berlangsung malam tadi, pasukan pelawat terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi penyerang Nurshamil Abd Ghani pada minit ke-56 manakala gol pasukan Perak FC II diperoleh 10 minit kemudian menerusi pemain tengah Mohamad Aizat Safuan Razali.
Syamsul berkata meskipun sedikit kecewa dengan keputusan perlawanan namun barisan pemain mudanya masih berjaya mengimbangi asakan pihak lawan yang menurunkan empat tonggak import dalam perlawanan itu.
“Sasaran kami memang kami ingin menang perlawanan ini sebab perlawanan sebelum ini menentang mereka di Kota Bharu kami menang. Apa pun saya perlu puji pemain saya yang tetap berani bermain pada malam ini (semalam) dan pada masa yang sama hasilkan banyak ancaman ke kubu gol Kelantan,” katanya.
Mengulas perlawanan menentang Sarawak United pada 25 Julai ini, bekas pemain kebangsaan itu berkata fokus utama adalah untuk memperbaiki kekurangan dari aspek serangan dan beliau berharap pasukannya akan berjaya mengutip mata penuh.
“Kami kena buat yang terbaik untuk terus kekal dalam saingan liga ini dan pada waktu ini kedudukan kami juga belum berada pada tahap yang selamat,” katanya.
Perak FC II kini menduduki tempat kedua tercorot daripada 11 pasukan dalam saingan Liga Premier, dengan mengumpul 10 mata daripada 11 perlawanan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 18 2021

Perak FC II kini menduduki tempat kedua tercorot daripada 11 pasukan dalam saingan Liga Premier, dengan mengumpul 10 mata daripada 11 perlawanan. - Facebook Perak FC

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Hanya 10 pasukan bertanding dalam Liga Premier 2022
MFL mengumumkan saingan Liga Premier 2022 akan disertai 10 pasukan berbanding 11 pasukan musim ini selepas Perak FC II sah disingkirkan daripada saingan divisyen kedua Liga Malaysia (Liga-M) itu.

Sarawak United bangkit benam Perak FC 4-1
Tiga gol terhasil pada babak kedua memastikan Sarawak United bangkit untuk mencipta kemenangan 4-1 ke Perak FC II.

Ketumpulan penyudah halang TFC II raih kemenangan di laman sendiri
Badrul Afzan mengakui ketumpulan penyudah oleh pemain penyerang kurang berpengalaman menyebabkan pasukannya gagal meraih sebarang gol.

Kes Gaduh: KUFC ambil tindakan tegas ke atas Gassama, Muhammad Asraff
Tindakan itu susulan kedua-dua pemain tersebut terlibat dalam pergaduhan, sehingga dikenakan kad merah.

Dibelasah Kelantan United di laman sendiri kekalahan perit - Perak FC II
Tiga gol yang dihasilkan Kelantan United pada babak pertama itu adalah kesilapan individu dan kegagalan para pemain Perak.

Gagal sudahkan peluang terhidang punca Perak FC II catat keputusan seri
Perak FC II beberapa kali mendapat peluang terhidang di hadapan pintu gol lawan namun barisan serangan gagal menggunakan kesempatan itu.

Liga Premier akan kembali bersambung 24 Julai
Saingan Liga Premier yang sepatutnya berlangsung pada 3 Julai ini akan kembali diadakan pada 24 Julai ini.

Perak FC lantik dua pengurus pasukan
CEO Perak FC, Rizal Ali Naizali berkata, pelantikan kedua-dua individu itu bagi membantu pasukan mengharungi baki saingan liga musim ini.

Tunggakan gaji Perak FC: Tidak adil letak kesalahan pada kerajaan negeri
Saarani menegaskan, isu berkenaan gaji pemain dan sebagainya bukan menjadi tanggunggjawab kerajaan negeri sepenuhnya.

MFL tidak terima laporan isu gaji pemain Perak FC, Perak FC II
Sekiranya dakwaan itu benar, ia mungkin menjejaskan pelesenan kelab kedua-dua pasukan bagi mengharungi kempen Liga-M pada musim hadapan.