KUALA LUMPUR: Saingan Liga Premier yang sepatutnya berlangsung pada 3 Julai ini akan kembali diadakan pada 24 Julai ini.
Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) turut mengumumkan pindaan terhadap jadual Liga Malaysia (Liga-M) melibatkan perlawanan tertunda antara Perak FC II dengan Kelantan FC di Stadium Perak, Ipoh dan Selangor FC 2 dengan Sarawak United FC, di venue yang akan ditetapkan kemudian, pada 17 Julai, yang tarikh asal adalah pada 29 dan 30 Jun.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan berkata pindaan jadual Liga-M turut melibatkan perlawanan ke-14 sehingga 22 Liga Super dan perlawanan ke-13 sehingga 22 Liga Premier bagi memastikan jarak setiap perlawanan tidak terlampau padat.
"Meskipun kawalan pergerakan masih dilaksanakan, MFL mendapat pertimbangan baik daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk meneruskan baki saingan Liga-M 2021 dengan SOP (prosedur operasi standard) yang ketat.
"Bagaimanapun pindaan jadual tidak dapat dielakkan bagi meminimumkan pertembungan venue dan bagi mengelak daripada pasukan-pasukan mengharungi jadual agak padat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ab Ghani berkata sekiranya terdapat perubahan lagi pada jadual perlawanan Liga-M, ia adalah tertakluk kepada keputusan Ahli Lembaga Pengarah MFL serta arahan daripada kerajaan dan penguatkuasaan kawalan pergerakan.
Sebelum ini, MFL pada 24 Jun lalu memaklumkan bahawa Liga Premier yang sepatutnya berlangsung pada 3 Julai lepas ditangguhkan susulan saranan KBS berikutan situasi semasa COVID-19 yang masih berada pada tahap membimbangkan manakala Liga Super pula bersambung pada 24 Julai.
Sementara itu, Ab Ghani turut memaklumkan bahawa pasukan-pasukan yang berada di negeri yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) perlu mencari venue baharu perlawanan bagi saingan Liga Super dan Liga Premier.
Menurutnya, ini kerana perlawanan Liga-M termasuk perlawanan latihan tidak dibenarkan di kawasan PKPD.
Buat masa ini, pasukan Liga-M yang terlibat dengan PKPD adalah Kuala Lumpur City FC dan PDRM FC yang sepatutnya beraksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, Selangor FC 2 (Stadium Majlis Perbandaran Selayang), Selangor FC dan PJ City FC (Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya), UiTM FC dan Skuad Projek FAM-MSN (Stadium UiTM, Shah Alam) serta Negeri Sembilan FC (Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi).
"Pihak MFL telah meminta agar pasukan terbabit bersedia dengan perancangan awal mencari stadium baharu bukan di kawasan PKPD yang mereka boleh memohon untuk menggunakan stadium yang tidak digunakan oleh mana-mana pasukan seperti Stadium Manjung dan Stadium Batu Kawan," katanya.
Menurut beliau, kesemua lapan pasukan tersebut boleh memohon untuk menggunakan stadium yang hanya digunakan oleh satu pasukan sahaja dan MFL akan mengenal pasti stadium tersebut bagi membantu pasukan tersebut mendapatkan venue baharu.
Beliau turut berharap supaya semua pasukan terus bersatu dan bekerjasama antara satu sama lain dalam memastikan kelancaran Liga Malaysia 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 08 2021
Pasukan-pasukan yang berada di negeri yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) perlu mencari venue baharu perlawanan bagi saingan Liga Super dan Liga Premier. - Gambar hiasan
MCAS nafi ada kaitan dengan GISB dan pergerakan Al-Arqam
Persatuan Mualaf Singapura (MCAS) menafikan sebarang kaitan dengan GlSB Holdings Sdn Bhd (GISB) atau pergerakan Al-Arqam.
Hamas sah kematian seorang lagi komander dalam serangan di Lubnan
Kumpulan Pejuang Palestin, Hamas pada Sabtu mengesahkan kematian seorang lagi komander mereka di Lubnan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Program larian disertai pelancong berpakaian tidak sopan bukan anjuran kerajaan Johor
Program larian yang didakwa disertai pelancong asing berpakaian kurang sopan dan mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) bukan anjuran kerajaan negeri.
Imigresen serbu pusat karaoke, 49 GRO dan pelanggan ditahan
JIM Perak menyerbu empat premis pusat hiburan karaoke yang menawarkan GRO warga Myanmar dengan bayaran antara RM450 hingga RM600 di sekitar bandar raya ini, malam tadi.
AWANI Ringkas: Pendatang asing tanpa izin | Kekecohan di Wisma Transit
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Ahad – 06 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Polis siasat dakwaan buli di sekolah berasrama penuh di KL
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku kejadian buli membabitkan anak seorang penyanyi dan beberapa individu lain di sebuah sekolah berasrama penuh di ibu negara.
Peruntukan tebatan banjir Sungai Damansara diluluskan, kurangkan risiko di Sungai Buloh
Peruntukan berjumlah RM481 juta bagi Projek Tebatan Banjir Sungai Damansara telah diluluskan sebagai usaha mengurangkan risiko banjir di kawasan Parlimen Sungai Buloh.
AWANI 7:45 [05/10/2024] – Tunggu perkenan Majlis Raja-Raja | Inflasi dan gaji jadi tumpuan | Kes terpencil | Zionis terus angkuh
- Tiga negeri fatwakan GISB sesat, siasatan libat 10 peruntukan
- Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi dan naik gaji
- Kekecohan libat warga Palestin mungkin sebab stress, ATM tangani dengan profesional
- Gaza hancur lebur, Beirut hampiri kemusnahan
- Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi dan naik gaji
- Kekecohan libat warga Palestin mungkin sebab stress, ATM tangani dengan profesional
- Gaza hancur lebur, Beirut hampiri kemusnahan
Pekebun boleh kemuka tuntutan akibat serangan haiwan liar
Pekebun yang mengalami kerugian hasil tanaman akibat ancaman haiwan liar boleh mengemukakan tuntutan pampasan terhadap kerosakan yang berlaku.
Liga Premier tidak akan dikembalikan tahun depan - Rossi
Harapan peminat bola sepak negara untuk melihat kembali saingan Liga Premier seawal musim depan tidak akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat kerana kesuntukan masa.
JDT II muncul juara Liga Perdana
Johor Darul Ta'zim (JDT) II bergelar juara saingan Liga Perdana selepas mengatasi Selangor FC II 1-0 di Stadium UiTM, sebentar tadi.
JDT II hampiri gelaran juara Liga Premier
Skuad JDT II membuka jaringan pendahuluan pada minit ketujuh menerusi rembatan pemain berusia 20 tahun, Daryl Sham.
JDT II kembali ke puncak teratas Liga Premier
JDT II kembali merampas kedudukan teratas Liga Premier selepas menewaskan pasukan tercorot, Skuad Projek FAM-MSN.
Pertahanan berusia 42 tahun, Rames muncul wira Kuching City atasi Selangor 2
Keputusan malam tadi menyaksikan Kuching City berjaya merapatkan jurang bersama tiga pasukan teratas dengan 30 mata.
Kuching City benam Projek FAM-MSN 3-0
Penyerang import kelahiran Brazil, Gabryel Monteiro De Andrade meledak gol mudah di hadapan gawang pada minit ke-20.
Kelantan FC belum di zon selamat
Rezal Zambery berkata, sebarang kemungkinan boleh terjadi sekiranya tewas dalam tiga lagi baki perlawanan.
Perak FC siasat insiden kekecohan di Stadium Sultan Muhammad IV
Perak FC akan membuat siasatan berhubung insiden kekecohan ketika aksi Liga Premier antara pasukan kelab itu dengan Kelantan FC di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu, pada petang Rabu.
Liga Premier: Gol tunggal Abdul Latiff bantu Kelantan FC kukuhkan dominasi
Kelantan FC terus mendominasi kedudukan teratas Liga Premier dengan rekod tanpa kalah dalam 10 perlawanan.
Syamsul gusar pertahanan ulang kesilapan sama
Faktor itu menjadi kegusarannya menghadapi baki perlawanan liga terbabit dalam usaha merebut slot ke saingan Liga Super musim depan.