IPOH: Pengendali Perak FC II Syamsul Mohd Saad menyifatkan kekalahan 0-4 di tangan Kelantan United dalam aksi Liga Premier di Stadium Perak malam tadi, sebagai satu keputusan yang tidak boleh diterima.
Beliau berkata tiga gol yang dihasilkan Kelantan United pada babak pertama perlawanan itu adalah kesilapan individu dan kegagalan para pemainnya mengawasi barisan serangan lawan yang diketuai penyerang import dari Gambia, Alfusainey Gassama.
"Tiga gol yang kita lepaskan itu adalah kesilapan individu dan kesilapan itu juga boleh dikatakan daripada segi kemahiran. Kita dibolosi gol daripada hantaran lintang...tiga pertahanan kita yang berada di dalam kotak penalti langsung tidak awasi pergerakan penyerang lawan.
"Para pemain juga dilihat tidak fokus, kurang konsentrasi dan kerap hilang penguasaan bola. Jadi, benda ini saya rasa mungkin kena bincang balik dengan para pemain," katanya kepada media sejurus selesai perlawanan.
Dalam perlawanan tersebut, empat jaringan Kelantan United dihasilkan oleh Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-9, Alfusainey minit ke-19 dan 22 serta Mohamad Qayyum Marjoni Sabil pada minit ke-47.
Kemenangan itu juga membolehkan Kelantan United menduduki tangga kelima liga dengan mengumpul 19 mata daripada 13 perlawanan manakala Perak FC II pula sekadar menghuni kedudukan kedua tercorot dengan 10 mata selepas 12 perlawanan.
Syamsul berkata beliau berharap para pemain sedar dengan kesilapan yang dilakukan kerana jika tidak diperbetulkan ia akan menyebabkan impian mereka untuk beraksi bersama Perak FC dalam Liga Super sukar untuk dicapai.
"Para pemain kena ingat ini adalah skuad pembangunan untuk membuka jalan kepada mereka beraksi dengan pasukan utama (Perak FC). Jika sikap atau kesilapan sepertimana dalam perlawanan ini diteruskan, saya fikir ia amat tidak baik untuk perjalanan karier pemain itu sendiri," katanya.
Sementara itu, pengendali Kelantan United Nazrulerwan Makmor berkata faktor pengalaman menjadi penyumbang kepada kemenangan pasukannya terhadap skuad muda The Bos Gaurus semalam.
Bagaimanapun, bekas pemain pertahanan kebangsaan itu menegaskan masih ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki sebelum meneruskan aksi menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) II di gelanggang lawan pada 1 Ogos ini.
"Kami akan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang kami ada dan kami harap keputusan positif akan berjaya dicapai pada perlawanan itu nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 29 2021
Kemenangan itu juga membolehkan Kelantan United menduduki tangga kelima liga dengan mengumpul 19 mata daripada 13 perlawanan. - Foto Facebook/Perak FC
JKDM tumpas sindiket seludup rokok bernilai lebih RM1.7 juta
Jabatan Kastam Pahang menumpaskan sindiket penyeludupan rokok bernilai lebih RM1.7 juta menerusi operasi berasingan di Pahang dan Melaka.
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Berhati-hati sampaikan ucapan berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Filem 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Bintang utamanya Wu Kang-ren yang membawakan watak Abang turut memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi kategori Feature Snow Leopard.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Ranking Harimau Malaya melonjak
Mengikut kiraan semasa tidak rasmi, Malaysia melonjak lima anak tangga daripada kedudukan 133 dunia ke kedudukan ke-128 dunia.
'Bola sepak Malaysia tidak gagal, anda yang gagal' - TMJ
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menganggap menguruskan sebuah kelab bola sepak bukan perkara yang susah jika pihak pengurusan bijak berbelanja.
Malaysia kini huni tangga ke-128 dunia, pintas Indonesia
Kedudukan ranking dan mata masih lagi boleh berubah bergantung kepada keputusan perlawanan seterusnya.
Tan Sri Ibrahim Saad banyak jasa dalam pembangunan bola sepak - Presiden FAM
Hamidin menambah Allahyarham juga banyak memberikan pendapat kepada rakan-rakan setugas demi pembangunan bola sepak tanah air.
FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit.
EPL: Kami tewas sekali lagi, kata Pep Guardiola kecewa
Ini kali pertama jurulatih kelahiran Sepanyol itu tewas dalam empat perlawanan sepanjang karier pengurusannya.
Piala Presiden 2024: Ubi muda JDT benam Selangor di MBPJ
Kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan sekali lagi dalam final kedua di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada Rabu depan.
Masa tepat TMJ pimpin FAM, Harimau Malaya - Safee Sali
Tunku Ismail disifatkan figura yang paling tepat dan berpengetahuan luas selain faham mengenai industri bola sepak negara.
Orang yang ada dalam industri bola sepak tak berfungsi - TMJ
Tunku Ismail menyifatkan mereka tidak mempunyai visi, komitmen, pengetahuan dan keinginan untuk memajukan bola sepak negara.