Dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook beliau berkata sebarang perkara yang boleh menimbulkan kontroversi berhubung perkara berkenaan perlu dielakkan.
Beliau berkata pihaknya juga telah mengambil maklum berhubung dakwaan perbuatan seorang individu yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW ketika menyampaikan ceramah di sebuah konvensyen baru-baru ini dan tindakan polis yang telah membuka kertas siasatan berhubung perkara itu.
"Kita minta semua pihak untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya perkara ini kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pada masa sama, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut membuat siasatan di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Wilayah Persekutuan) 1997," katanya
Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata polis telah membuka kertas siasatan berhubung tindakan seorang pensyarah yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW setelah menerima laporan polis berhubung perkara berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.
-- BERNAMA