KUALA LUMPUR: Tiga gol terhasil pada babak kedua memastikan Sarawak United bangkit daripada ketinggalan seawal permainan untuk mencipta kemenangan 4-1 ke atas Perak FC II pada aksi tunggal Liga Premier di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras di sini, malam ini.
Kemenangan itu membolehkan Sarawak United memintas dua pasukan untuk merampas kedudukan teratas liga dengan mengumpul 31 mata sekali gus mencerahkan peluang mereka untuk mewarnai saingan Liga Super musim depan.
Skuad diberi jolokan Kenyalang Emas itu turut mempunyai kelebihan apabila kini mengungguli saingan liga dengan kurang satu perlawanan berbanding pencabar terdekat Terengganu FC II di kedudukan kedua yang mengutip 29 mata selepas 16 perlawanan.
Pada aksi malam ini, Sarawak United yang dibimbing Penolong Jurulatih Mohamad Safri Amit dikejutkan dengan gol pembukaan pasukan pelawat pada minit pertama menerusi pemain tengah Royizzat Daud yang menyambar bola hasil sepakan percuma Khairul Syafiq Mustaffa dan menewaskan penjaga gawang tuan rumah.
Penyerang skuad kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan gol penyamaan dicari-cari Sarawak United pada minit ke-35 selepas menanduk bola hantaran lintang rakan sepasukan untuk menyaksikan 45 minit pertama berakhir dengan kedudukan 1-1.
Bersambung babak kedua, Sarawak United tampil lebih bertenaga sebelum asakan demi asakan membuahkan hasil apabila pertahanan lawan, Muhammad Syafiq Izzudin Mustafa tertampan bola yang diselamatkan penjaga gol ke gawang sendiri pada minit ke-53.
Pemain import Uche Agba menambah derita Perak FC II pada minit ke-67 dengan meletakkan Sarawak United selesa mendahului 3-1 selepas bijak mencari ruang untuk menampan masuk bola hantaran lintang pemain gantian Abdul Rahim Abdul Razak.
Abdul Rahim kemudian melengkapkan malam gemilang pasukannya menerusi gol pada minit ke-88 apabila beliau meluru dengan pantas tanpa disedari pertahanan lawan dan menyepak masuk bola hantaran Azman Chuchu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 15 2021

Kemenangan itu membolehkan Sarawak United memintas dua pasukan untuk merampas kedudukan teratas liga. - Foto Facebook/Sarawak United FC Official

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.

Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.

Paul Pogba beri bayangan bakal kembali ke pangkuan Man Utd?
Terdahulu, Pogba mencapai kata sepakat bersama Juventus untuk menamatkan kontraknya lebih awal atas persetujuan bersama.