Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa supaya kepakaran dan jurulatih daripada luar negara digunakan bagi memajukan sukan bola sepak Malaysia.
Jelasnya, Malaysia perlu menerima hakikat bahawa kualiti bola sepak negara ini masih kurang dan perlu belajar sebanyak mungkin daripada kepakaran luar.
"Anda tidak boleh menjadi bodoh sombong dan ego. Jika kita tahu bagaimana untuk mengurus bola sepak, sudah tentu pasukan bola sepak kita tidak akan berada di mana ia berada sekarang.
"Jelas sekali seseorang daripada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) perlu letak jawatan dan perlu ada ahli-ahli exco yang baru.
"Kita perlu seseorang dalam FAM yang boleh berbakti kepada bola sepak dan pasukan negara. Semudah itu, namun sekarang ini, mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan dan tidak ada minat dan kesungguhan," tambahnya.
Tunku Ismail berkata demikian ketika ditanya dalam rancangan bual bicara Obviously Harith Iskander di Astro AWANI pada Sabtu, sama ada baginda akan mengambil alih pengurusan FAM.
Namun TMJ menegaskan beliau tidak boleh mengambil alih jawatan presiden FAM kerana akan memilih kasih dengan pasukan Johor Darul Takzim (JDT).
Beliau berkata, seseorang presiden FAM perlu neutral kepada semua pasukan.
"Saya sangat sukakan negeri Johor dan pasukan JDT. Saya boleh berkongsi pendapat dan nasihat namun untuk mengambil alih, tidak boleh kerana saya mempunyai komitmen yang lain di Johor juga. Kebanyakkan masa, saya akan berada di negeri sendiri," tambahnya lagi.
Beliau berkata, seseorang yang dipilih sebagai presiden FAM juga perlu ada objektif dan sasaran.
"Kita mahu pasukan negara kita berada di ranking yang tertentu atau kejohanan apakah yang perlu kita sertai. Anda tidak boleh sasarkan piala AFF Suzuki semata-mata memandangkan piala tersebut bukan dalam kejohanan FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa)," tegasnya lagi.
Mariah Ahmad
Sat Jul 30 2016

Tunku Ismail (ketiga dari kiri) diiringi anakanda bongsu Sultan Johor, Tunku Abu Bakar dikawal ketat ketika sampai untuk rakaman program bual bicara Obviously Harith Iskander di Astro, Bukit Jalil hari inil - Gambar Astro AWANI
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

FAM perkenal bekas pemain kebangsaan Australia selaku penolong jurulatih Harimau Malaya
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Sah! Hanya bertahan lima bulan, Giorgio Rossi diumum bukan lagi CEO MFL
LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan secara rasmi bahawa Giorgio Pompili Rossi bukan lagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa serta-merta.

Pecat pengadil: 'Tindakan FAM keterlaluan, malukan Fitri Maskon'
Tindakan FAM yang mengambil keputusan drastik memecat pengadil, Fitri Maskon disifatkan sebagai terlalu keterlaluan dan kejam.

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Fitri Maskon jadi pengadil pertama dipecat FAM
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat keputusan tegas dengan memecat pengadil Fitri Maskon daripada semua tugasan susulan prestasi lemah.

Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi
Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub secara rasmi diumum sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu.

Permohonan perintah injunksi PFA terhadap FAM ditolak
Mahkamah Tinggi Kangar menolak permohonan PFA untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang FAM mengadakan Kongres ke-61 bulan ini.

23 pengadil negara terima lencana Pengadil FIFA 2025
FAM mengesahkan seramai 23 pengadil negara telah dipilih oleh Panel Pengadil Antarabangsa FIFA untuk didaftarkan sebagai Pengadil FIFA bagi tahun 2025.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Pengadil mesti 'independent' bukan di bawah FAM - TMJ
Pemilik JDT selar sesetengah kelab gemar salahkan FAM dan MFL bila hadapi masalah termasuk tidak mampu bayar gaji pemain.