Ini selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan ketibaan bekas pemain kebangsaan Australia, Mark Miligan, bagi mengisi jawatan itu dalam satu video pengenalannya semalam.
Bekas pertahanan Socceroos berusia 39 tahun itu pernah melakukan 80 penampilan bersama skuad kebangsaannya dan menjaringkan enam gol.
Dia sebelum ini bertindak sebagai penolong jurulatih kelab Australia, Adelaide United, sejak 2022.
"Saya Mark Miligan, penolong jurulatih bagi skuad kebangsaan, Harimau Malaya.
"Saya tidak sabar untuk menantikan perlawanan yang akan tiba," katanya dalam video pengenalan itu.
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal pada 25 Mac ini. - Stadium Astro
