BEKAS penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha, menimbulkan persoalan sama ada dia akan mengumumkan persaraan dalam masa terdekat.

Menurut wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, bekas bintang Kelantan dan Johor Darul Ta'zim (JDT) itu difahamkan sudah menandatangani kontrak sebagai penolong jurulatih skuad B-23 sebuah pasukan di Lembah Klang.

Sebagai rekod, pemain yang mesra dengan panggilan Matyo itu mewakili Harini FT dalam saingan Liga M3 musim lalu.

Sepanjang kariernya, Matyo pernah menyarung jersi skuad kebangsaan sebanyak 83 kali dan menjaringkan 14 gol dari 2007 hingga 2021.


*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro