PEMAIN muda sensasi, Lamine Yamal, mencipta sejarah dalam Euro 2024 apabila dia menjadi penjaring termuda dalam sejarah pertandingan itu ketika perlawanan separuh akhir menentang Perancis, awal pagi ini.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu berusia 16 tahun dan 362 hari selain memecahkan rekod itu dengan bergaya apabila menjaringkan gol menerusi rembatan jarak jauh yang menakjubkan menewaskan penjaga gol Perancis, Mike Maignan.

 
Jaringan tersebut hadir pada minit ke-21 permainan selepas Randal Kolo Muani menanduk bola untuk meletakkan Perancis di hadapan. 


Berikut merupakan senarai penjaring termuda sepanjang kejohanan Euro diadakan:

1) Lamine Yamal (16 tahun) 
2) Johan Vonlanthen (18 tahun)
3) Wayne Rooney (18 tahun)
4) Renato Sanches (18 tahun) 
5) Dragan Stojković (19 tahun)
6) Arda Güler (19 tahun)
7) Cristiano Ronaldo (19 tahun)
8) Ferenc Bene (19 tahun)
9) Cristian Chivu (19 tahun)
10) Patrick Kluivert (19 tahun)

- Stadium Astro