Gol pertama Hakan Calhanoglu dalam kejohanan utama memberikan pasukan bimbingan Vincenzo Montella itu gol pendahuluan pada minit ke-51 selepas Czechia terpaksa beraksi dengan 10 pemain gara-gara Antonin Barak dilayangkan kad merah seawal minit ke-20.
Bagaimanapun, Tomas Soucek hanya memerlukan lima minit untuk Czechia mengikat kedudukan dalam misi wajib menang buat mereka.
Namun, pemain gantian, Tosun, menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-94 untuk memastikan Turkiye melangkah ke pusingan kalah mati selaku naib juara kumpulan di belakang Portugal.
Czechia, dalam pada itu, tersingkir selepas menduduki tempat tecorot kumpulan itu manakala Georgia layak selaku antara empat pasukan di tangga ketiga terbaik dengan mengejutkan Portugal 2-0 dalam satu lagi perlawanan.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro