MIKEL Arteta percaya Pierre-Emerick Aubameyang dapat membina sesuatu daripada kejayaannya menjaringkan dua gol ketika membantu Arsenal menewaskan Newcastle United 3-0 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.
Aubameyang menjaringkan gol dalam pertemuan keempat berturut-turut dengan Newcastle dalam kesemua kejohanan selepas turut menjaringkan gol pembukaan dalam kedua-dua pertemuan EPL musim lalu selain menjaringkan gol kemenangan dalam Piala FA awal Januari lalu.
Kapten Arsenal itu memecahkan kebuntuan di Stadium Emirates awal pagi tadi dengan menewaskan penjaga gol, Karl Darlow, dari jarak dekat pada awal babak kedua sebelum menyudahkan hantaran 'cutback' Cedric Soares bagi melengkapkan kemenangan Arsenal.
Ia merupakan jaringan berganda pertama Aubameyang buat Arsenal sejak melakukannya dalam final Piala FA musim lalu dan ia sudah pasti akan menjadi pemangkin keyakinannya selepas gagal menjaringkan gol menerusi 10 perubaan terakhirnya dalam liga sebelum menemui sasaran di Stadium Emirates.
"Dia mencubanya sejak dari separuh masa pertama. Saya fikir dia memiliki dua atau tiga peluang terhidang dan tidak menjaringkan gol," kata pengurus Arsenal, Arteta, kepada Sky Sports.
"Dia menjaringkan dua gol hari ini dan saya fikir ia akan menjadi sesuatu yang baik untuk keyakinannya. Amat jelas, ia amat baik buat pasukan ini kerana dia membantu kami memenangi perlawanan. Secara keseluruhan, saya amat gembira."
Arsenal turut mendapatkan kembali khidmat Thmas Partey dalam kesebelasan utama mereka buat kali pertama sejak tewas kepada Tottenham pada Disember lalu.
Partey bermain selama 67 minit dan mendaftarkan bantuan jaringan pertamanya dalam EPL ketika mencetuskan gol pembukaan Aubameyang.
"Saya benar-benar gembira," tambah Arteta.
"Saya fikir dia menjadi semakin baik ketika perlawanan berjalan. Dia membawa pengaruh yang besar. Dia memberikan kami sesuatu yang berbeza berbanding pemain lain.
"Tetapi kami masih perlu melindunginya memandangkan dia tidak banyak beraksi sejak beberapa bulan lalu tetapi saya amat gembira dengan prestasinya," katanya lagi.
Astro Arena
Tue Jan 19 2021

Aubameyang meraikan kejayaan menjaringkan gol pembukaan pasukannya ketika perlawanan EPL antara Arsenal dan Newcastle United di Stadium Emirates, London, England, 18 Jan, 2021. (Foto AP)
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

EPL: Díaz, Salah pacu Liverpool atasi Wolverhampton
Kemenangan ke-18 selepas mengharungi 25 perlawanan membolehkan The Reds kendalian Arne Slot gah di puncak liga dengan 60 mata.

Mikel Merino tak sangka jadi penyerang bidan terjun
Merino menjadi pemain Arsenal pertama yang menjaringkan dua gol sebagai pemain gantian dalam perlawanan EPL.

Piala EFL: Arsenal tersungkur di tangan Newcastle
Jaringan Jacob Murphy dan Anthony Gordon sudah cukup untuk membawa mereka ke Wembley dengan agregat 4-0.

Arteta tak kisah sindiran 'stay humble' Haaland
Arteta turut menegaskan bahawa hubungannya dengan Pep Guardiola tetap positif.

EPL: Kemarahan Arteta berbaloi, hukuman kad merah pemain Arsenal dibatalkan
Terdahulu, pemain berusia 18 tahun itu menerima kad merah oleh pengadil selepas didapati mengasari Matt Doherty, Sabtu lalu.

UCL: Arsenal selangkah mara ke pusingan 16 terbaik
Declan Rice, Kai Havertz dan Martin Odegaard masing-masing menjaringkan gol bagi membantu pasukan memperkukuh status.

Piala FA: Amorim lega Manchester United pamer kemajuan
United mengejutkan Arsenal menerusi gol pendahuluan Bruno Fernandes pada minit ke-52.

Ini tidak adil, kata Arteta
Mikel Arteta meluahkan kekecewaannya terhadap hukuman sepakan penalti yang dilabelnya keras ketika Arsenal seri 1-1 di Brighton.

EPL: Gabriel Martinelli pacu kebangkitan Arsenal benam Brentford
Bryan Mbeumo yang dalam momentum cemerlang menjaringkan gol ke-11 liga untuk memberikan The Bees mendahului seawal minit ke-13.

Amaran Arteta buat Liverpool, Arsenal sentiasa intai peluang pintas
Arsenal akan bersedia untuk mengambil sebarang kesempatan sekiranya seteru mereka itu tergelincir dalam perebutan kejuaraan EPL.