Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) hari ini mengesahkan bahawa seorang atlet angkat berat negara gagal ujian doping yang dilakukan Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) sebelum berlangsung Sukan Komanwel 2018.
Tanpa mendedahkan identiti atlet berkenaan yang didapati positif menggunakan steroid anabolik jenis stanozolol, Pemangku Setiausaha PABM Abu Hanapah Ismail berkata atlet terbabit meminta untuk menguji keputusan sampel B.
Beliau berkata sekiranya sampel B itu turut didapati positif, PABM akan menulis surat secara rasmi kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) dan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) untuk memaklumkan perkara itu sebelum tindakan lanjut diambil.
"Saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku. Kami memberi kerjasama cukup baik kepada Adamas, terutamanya bagi atlet Program Podium dan Kita Juara untuk mengelak perkara sebegini. Kita juga meminta Adamas melakukan ujian pada semua kejohanan peringkat kebangsaan sejak kebelakangan ini.
"Pada tiga kejohanan peringkat kebangsaan baru-baru ini, tiada atlet terlibat. Cuma kes di peringkat antarabangsa dan Sukan Malaysia (Sukma). Kita tidak boleh dedahkan nama atlet sehingga mendapat keputusan sampel B," katanya pada satu sidang media kepada Astro Arena dan Bernama di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan bahawa seorang atlet negara, yang dipercayai pemenang pingat gangsa di Sukan Komanwel baru-baru ini, gagal ujian doping yang dilakukan Adamas.
Abu Hanapah berkata ujian ke atas atlet angkat berat dilakukan dalam tiga kumpulan, dengan keputusan dua kumpulan terawal adalah bersih, namun ujian ke atas kumpulan ketiga hanya dilakukan beberapa hari sebelum bertolak ke Gold Coast, Australia kerana menyertai pertandingan dan menjalani latihan di Indonesia dan Vietnam.
Difahamkan, stanozolol yang dianggap sebagai dadah 'ketinggalan zaman', merupakan steroid diklasifikasikan sebagai S1 dalam senarai bahan terlarang Agensi Anti-Doping Dunia (Wada). Ia dadah yang sama digunakan bekas pelari pecut terkemuka dunia, Ben Johnson pada 1988.
Sementara itu, Pengarah Adamas Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata ujian itu dilakukan Adamas pada 28 Mac lalu, selepas menerima permohonan daripada Majlis Sukan Negara (MSN), sebelum skuad angkat berat berlepas ke Sukan Komanwel di Gold Coast, yang berlangsung dari 4 hingga 15 April.
"Keputusan sampel A diterima daripada makmal di New Delhi pada 6 April, menggunakan stanozolol iaitu bahan lama sering digunakan untuk meningkatkan prestasi. Kami kemudian menghantar notis kepada atlet berkenaan menerusi PABM pada 9 April, sebelum atlet terbabit baca notis tersebut dua hari selepas itu dan minta uji sampel B.
"Pada 16 April, kami memaklumkan kepada makmal untuk menguji sampel B dan ujian itu dilakukan pada 24 April. Kini kami menunggu keputusan itu, yang mungkin boleh didapati dalam masa seminggu lagi," katanya.
Ramlan turut menegaskan bahawa sekiranya atlet itu merupakan pemenang pingat di Sukan Komanwel, keputusan mengenai penarikan balik adalah di luar bidang kuasa Adamas.
Pada masa yang sama, beliau mengesahkan bahawa atlet tersebut tidak memohon untuk Pengecualian Penggunaan Terapeutik (TUE), iaitu penggunaan bahan terlarang untuk tujuan perubatan atau mengubati penyakit.
Sebelum ini, keputusan MSN untuk menggugurkan angkat berat daripada sukan teras dengan alasan ramai atlet sukan itu gagal ujian doping, dilihat ada asasnya kerana ini bukan kali pertama kes doping melibatkan badang negara, dan PABM berisiko tinggi untuk digantung atau didenda oleh IWF.
Untuk rekod, Khairul Anuar Mohamad digantung empat tahun kerana positif steroid pada Sukma 2016, manakala Constantine Clement dan Mohd Nasir Roslan masing-masing dikenakan penggantungan dua tahun kerana positif steroid ketika ujian di kem latihan pusat di China pada April 2016.
Skandal doping terus mencalarkan imej skuad angkat berat negara, apabila pemegang pingat emas Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Mohd Hafifi Mansor yang mewakili negara di Sukan Olimpik Rio 2016, digantung sementara selepas positif steroid di Terbuka Australia pada Mac 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 26 2018

Pemangku Setiausaha PABM Abu Hanapah Ismail berkata atlet terbabit meminta untuk menguji keputusan sampel B. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

Kategori baharu buat Aniq Kasdan mulai 2025
Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan mengesahkan akan beraksi dalam kategori baharu, iaitu 60 kilogram (kg) bermula 2025.

Sukan SEA 2025: Atlet angkat berat berdepan cabaran kemungkinan perubahan kategori
Ini susulan mesyuarat IWF di Manama, Bahrain baru-baru ini yang memutuskan perubahan kategori bagi sukan berkenaan.

Mohamad Syahmi mahu ikut jejak Aniq
Atlet berusia 20 tahun itu berkata beliau tidak akan berhenti berusaha untuk ke peringkat lebih tinggi dalam sukan angkat berat.

Lapan kali Muhammad Hafizuddin pecah rekod kebangsaan
Muhammad Hafizuddin Roslin bagai tiada tandingan apabila memecah rekod kebangsaan sebanyak lapan kali dalam acara angkat berat kategori 81 kilogram (kg) lelaki untuk merangkul pingat emas SUKMA 2024.

Mohamad Aniq gembira sukan angkat berat mula dapat perhatian
Angkat berat kini lebih dikenali terutamanya selepas Aniq membuktikan bahawa Malaysia mampu memberi saingan di temasya sukan terbesar dunia itu.

Olimpik Paris 2024: Kalah dengan 1kg lebih mengecewakan - Mohamad Aniq
Mohamad Aniq terlepas penamat podium dalam acara angkat berat kategori 61kg lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024, pada Rabu.

PABM teliti penggunaan suplemen buat Aniq Kasdan
Dalam aspek ini, Institut Sukan Negara perlu meneliti penggunaan suplemen yang mungkin boleh memberi tenaga dan kekuatan kepada atlet ini.

Mohamad Aniq buru ranking keempat kelayakan Olimpik Paris
Badang negara berkata untuk merealisasikan misi itu, beliau perlu membuat angkatan keseluruhan sebanyak 305 kg di Piala Dunia 2024 di Phuket, Thailand pada April depan.

Sukan Para Asia: Angkatan emas untuk abang Bryan - Bonnie
Malaysia raih emas kelima menerusi atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin dalam acara 72 kilogram.

Keputusan Aniq dan Aznil masuk RTG diketahui selepas mesyuarat - Hannah
Hannah berkata, buat masa ini, beliau tidak boleh umum sebarang keputusan melibatkan program itu yang dipengerusikan bersama Presiden MOM.