KUALA LUMPUR: Jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin mendedikasikan pingat emas acara 72 kilogram (kg) yang dimenanginya pada Sukan Para Asia (APG) 2022 di sini, buat abangnya Bryan Junency Gustin.
Atlet berusia 24 tahun itu berkata kehadiran Bryan, 26, yang turut mewakili negara dalam sukan sama menerusi acara 80kg, menyuntik motivasinya untuk membutirkan pingat emas sulung di temasya itu selain memastikan Negaraku berkumandang.
Badang kerdil dari Serian, Sarawak itu yang membuat penampilan keduanya di temasya APG, cemerlang selepas menyandang gelaran juara bagi acara 72kg dengan melakukan angkatan seberat 230kg yang juga rekod baharu temasya pada aksi di Gimnasium Xiaoshan, di sini.
Rekod itu sebelum ini dipegang atlet powerlifting Iran Roohallah Rostami dengan angkatan seberat 229kg.
"Kehadiran dia mengiringi kejayaan emas ini sangat membantu sebab dia merupakan ahli keluarga. Saya harap emas ini dapat suntik semangat buat dia untuk meraih pingat juga bagi acara dia nanti.
"Apa pun saya cukup gembira dengan kejayaan hari ini kerana turut memperbaharui rekod APG," katanya kepada Bernama.
Pingat perak dimenangi wakil tuan rumah Hu Peng dengan angkatan seberat 208kg sementara gangsa diraih wakil Uzbekistan Jamilov Bekzod dengan angkatan 204kg.
Kejayaan Bonnie itu merupakan kutipan pingat emas kelima buat negara, selepas renang dan berbasikal trek masing-masing menyumbang satu emas dan olahraga dua emas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 25 2023

Bonnie Bunyau Gustin raih pingat emas dalam acara 72 kilogram pada Sukan Para Asia Hangzhou 2022 hari ini. - Foto FB Majlis Sukan Negara

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Kereta dicuri, emas pengganti duka Abdul Latif
Atlet kelahiran Perlis itu kehilangan kereta beberapa minggu sebelum berlepas ke bumi Hangzhou.

Sukan Para Asia: Angkatan emas untuk abang Bryan - Bonnie
Malaysia raih emas kelima menerusi atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin dalam acara 72 kilogram.

Sukan Para Asia: Eddy suntik semangat kem olahraga negara dengan pingat perak
Eddy Bernard menyumbang pingat perak dalam acara 100 meter (m) lelaki T44 (kecacatan fizikal) di Sukan Para Asia Hangzhou 2022 hari ini.

Sukan Para Asia: Berbasikal trek sumbang emas kedua negara
Nur Suraiya Muhammad Zamri mempamerkan kayuhan bertenaga dalam perlumbaan akhir ujian masa 1,000 meter (m) untuk menghadiahkan pingat emas kedua negara di Sukan Para Asia Hangzhou 2022.

APG 2022: Muhammad Nur Syaiful tuai emas pertama di Hangzhou
Muhammad Nur Syaiful sumbang pingat pertama kontinjen negara pada Sukan Para Asia Hangzhou 2022 apabila meraih emas acara 100 meter (m) kuak dada lelaki SB4.

Sasaran 35 pingat tanpa warna di Sukan Para Asia 2022 Hangzhou - MPM
Majlis Paralimpik Malaysia menetapkan keseluruhan 35 pingat bagi kontinjen negara ke Sukan Para Asia Hangzhou 2022, China, minggu depan.