Tidak semua kacang lupakan kulit. Itulah gambaran sebenar mengenai legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei yang menyalurkan dana RM2 juta kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN), menerusi Yayasan Lee Chong Wei.
Atas rasa kecintaan terhadap sukan yang menjadi darah dagingnya sejak 19 tahun lepas, Chong Wei menyumbang RM1.4 juta kepada BAM untuk pembangunan sukan badminton yang ditinggalkannya tanggal 13 Sept atas sebab kesihatan.
Sementara untuk MSN iaitu organisasi yang banyak membantu sepanjang kariernya, disalurkan RM600 juta untuk tujuan persediaan atlet bagi menghadapi temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020 adalah impian saya tapi saya terpaksa bersara atas sebab kesihatan. Jadi saya harap dengan dana ini, dapat membantu persediaan atlet apa yang patut untuk mereka melayakkan diri ke temasya itu," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan kemuncak Bulan Sukan Negara di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.
Beliau berkata yayasan itu juga sedang meneliti cadangan untuk menaja mana-mana atlet yang berpotensi bagi meneruskan karier mereka dalam bidang sukan selain mereka yang sukar mendapat tajaan daripada sektor swasta.
Mengulas mengenai persediaan atlet ke Sukan Olimpik 2020 yang berbaki lagi sembilan bulan itu, Chong Wei yang juga ketua kontinjen negara menasihati atlet agar menghindarkan diri daripada dilanda kecederaan dalam usaha mereka memburu slot ke temasya lima tahun sekali itu.
"Saya sendiri tidak berjaya menyumbang pingat emas buat negara namun saya harap atlet yang akan saya bawa ke Tokyo boleh berbuat demikian. Tapi apa yang penting sekarang, kita jangan beri tekanan kepada atlet dulu.
"Sukan Olimpik adalah temasya terbesar dunia dan sudah pasti cabaran memang sukar. Atlet perlu kuatkan mental mereka. Apa yang saya harapkan sekarang ialah semua atlet sihat, tidak mengalami kecederaan dan teruskan memburu kelayakan," katanya.
Mengenai beberapa sukan yang masih belum mendapat slot ke Tokyo termasuk badminton, bekas pemain nombor satu dunia itu berkata semua atlet melalui tempoh yang sukar khususnya tahun ini kerana cabaran juga tidak kurang sengit daripada atlet negara lain yang mempunyai tujuan sama.
Malah, katanya, tidak adil untuk menetapkan sasaran pingat kepada atlet tertentu buat masa ini kerana kesemua mereka masih dalam perjuangan mencari tempat dan bagi yang sudah mendapat tiket secara merit, atlet berkenaan sedang menjalani latihan rapi untuk tujuan itu.
"Apa yang penting sekarang ialah, kita mahu lebih ramai atlet negara layak ke Sukan Olimpik. Medal semua atlet boleh sumbang medal. Menerusi terjun, Azizul dalam sukan basikal dan memanah serta Farah Ann yang baru sahaja layak.
"Untuk badminton pula, selepas 31 April 2020 baru kita tahu siapa yang mendapat slot ke Sukan Olimpik. Untuk kita target medal ke atas Lee Zii Jia juga tidak tentu lagi kerana keputusan dia juga belum stabil. Apa pun, masih ada ramai lagi yang sedang mencari slot seperti hoki, memanah dan kita harap lebih ramai atlet akan layak," katanya yang akan memulakan tugas rasmi sebagai CDM, Januari tahun depan.
Untuk rekod, setakat ini lapan atlet negara layak secara merit ke Sukan Olimpik 2020. Mereka adalah Pandelela Rinong, Leong Mun Yee, Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng Yan Yee (terjun); Khairulnizam Mohd Afendy dan Nur Shazrin Mohd Latif (pelayaran); Khairul Anuar Mohamad (memanah) dan Farah Ann Abdul Hadi (gimnastik).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 12 2019
CHONG WEI: Saya sendiri tidak berjaya menyumbang pingat emas buat negara namun saya harap atlet yang akan saya bawa ke Tokyo boleh berbuat demikian.
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
Zii Jia layak ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2024
Lee Zii Jia, berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Hangzhou, China bulan depan.
'Cara kau terbang atas gelanggang memang baik'
Shi Feng memerlukan 44 minit untuk mengesahkan kemenangan 21-10 dan 21-13 dalam pertemuan keempat mereka sepanjang tahun ini.
Cabaran Soon Huat-Shevon di Jepun terhenti
Pasangan nombor 10 dunia itu terpaksa akur tewas kepada Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dari Thailand.
Masters Jepun: Soon Huat-Shevon Lai mudah isi slot ke separuh akhir
Dalam set pertama, pasangan Malaysia ini memimpin perlawanan 11-7 sebelum pasangan Jepun menyamakan kedudukan seketika kepada 12-12.
Zii Jia mandi peluh ke pusingan kedua Masters Jepun
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menafikan tentangan sengit pemain bintang muda negara Justin Hoh sebelum mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Masters Jepun hari ini.
Persekutuan Sukan Komanwel tolak permintaan Malaysia anjur badminton
Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menolak permintaan Malaysia untuk menganjurkan sukan badminton di sini bersempena Sukan Komanwel 2026.
Badminton Masters Indonesia: K Letshaana mara ke final
Pemain perseorangan wanita negara, K Letshaana, melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Masters Indonesia.
'Saya bersih' - Kian Meng nafi atur perlawanan
Beliau menjelaskan isu tersebut di laman sosialnya selepas tercetus dakwaan yang mengaitkannya dengan gejala tidak bermoral berkenaan.
Thinaah tak sabar kembali berlatih bersama Rosman
Rosman individu penting yang berjaya mengubah karier Thinaah daripada pemain perseorangan sehingga muncul antara beregu terbaik dunia.
KBS, ISN sedia bantu rawatan Qi Xuan
KBS akan menyediakan bantuan kepada pemain beregu wanita negara Ng Qi Xuan yang mengalami kecederaan ketika menyertai kejohanan badminton Malaysia Super 100.