KUALA LUMPUR: Pemain profesional wanita negara Goh Jin Wei akur dengan hakikat bahawa akan ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024 bersendirian tanpa jurulatihnya Nova Armada.
Perseorangan wanita berusia 24 tahun itu kini mahu menumpukan kepada memperbaiki kelemahannya menjelang temasya empat tahun sekali yang akan berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos.
"Saya terpaksa menerima (dan) bagi saya, saya berhak untuk apa yang saya perjuangkan (layak ke Olimpik). Buat masa ini saya cuma mahu fokus kepada latihan saya.
"Jurulatih saya, Nova, tidak akan ke Paris. Tapi saya akan terus berhubung dengannya (melalui panggilan video)," katanya ketika ditemui pada kejohanan persahabatan berpasukan 3v3 Tiga Saga Li Ning Cup antara media dan Li Ning di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan Jin Wei tidak akan ditemani jurulatihnya di Sukan Olimpik Paris 2024 susulan kuota kad akreditasi yang terhad dikeluarkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).
Beliau akan dibantu termasuk menerima bimbingan daripada Pengarah Kejurulatihan daripada Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky.
Menurut ketua kontinjen negara (CDM) ke Sukan Olimpik Paris 2024 Datuk Hamidin Mohd berkata walaupun tanpa jurulatih, Jin Wei yang akan berlepas ke Paris pada 23 Julai ini, tetap menerima khidmat sokongan yang ditawarkan Institut Sukan Negara (ISN).
Jin Wei berkata beliau yakin jurulatih dari Indonesia itu mampu memberikan nilai tambah kepadanya ketika beraksi di temasya itu.
"Kena sesuaikan jugalah (tanpa jurulatih). Tetapi jurulatih Rexy juga bekas pemain yang bagus dan juara Olimpik. Sekarang kita masih ada banyak (masa) lagi, so for now I want to focus on my training,"katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 28 2024

Jin Wei akur dengan hakikat bahawa akan ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024 bersendirian tanpa jurulatihnya Nova Armada.- Gambar fail/Bernama

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Jin Wei lepasi halangan pertama dalam kejar impian ke Olimpik Paris 2024
Jin Wei, yang kini menduduki ranking ke-31 dunia, bakal berdepan tugas berat pada pusingan kedua, esok, menentang pilihan ketujuh.

Jin Wei gembira kembali beraksi di Kejohanan Super 1000
Pemain berusia 22 tahun yang menghuni ranking ke-33 dunia itu mahu memberikan yang terbaik di hadapan penyokong tempatan di Axiata Arena.

Pemain antarabangsa hangatkan kejohanan Malaysia Purple League
Penganjuran kejohanan berkonsep liga itu menyaksikan lapan pasukan tempatan berentap merebut kejuaraan.

Kehilangan besar namun BAM hormati keputusan Jin Wei - Mohamad Norza
Goh Jin Wei pernah menyatakan hasrat untuk bersara sejak bulan lepas berikutan masalah kesihatan yang dialaminya.

Bekas juara remaja dunia Jin Wei umum persaraan
Pemain berasal dari Pulau Pinang mengumumkan persaraan pada usia muda itu menerusi satu video yang dimuat naik di YouTube.

Jin Wei tidak sertai Master Malaysia - BAM
Pihak kejurulatihan percaya pemain berumur 19 tahun itu memerlukan lebih banyak masa untuk kembali cergas.

Seluruh England: Jin Wei perlu kerah segala keringat
2018 menyaksikan Jin Wei membuat penampilan pertamanya dalam kejohanan ini namun dia disingkirkan Aya Ohori dalam pusingan kedua.

Terbuka Jerman: Yamaguchi sekat impian Jin Wei ke final
Pertemuan kedua buat dua seteru itu pada tahun ini menyaksikan Yamaguchi merakamkan kemenangan dalam tempoh 33 minit.

Lee Chong Wei kagum pada Jin Wei
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mahu jaguh remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei lebih yakin dengan kemampuan diri untuk tampil lebih kompetitif.