KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akur dengan keputusan mengejut yang diambil bekas juara remaja dunia Goh Jin Wei untuk bersara awal daripada sukan berkenaan.
Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, pemenang pingat emas Sukan Olimpik Remaja 2018 di Buenos Aires itu pernah menyatakan hasrat untuk bersara sejak bulan lepas berikutan masalah kesihatan yang dialaminya.
"Memang amat menyedihkan buat kami, tapi atas sebab perubatan, kami menghormati keputusan beliau, kami sebenarnya ke arah pembentukan pasukan baharu.
"Apabila saya mendengar tentang ini pada mulanya, saya telah menghubunginya untuk perbincangan secara dalam talian pada 16 Ogos dan secara dasarnya beliau menyatakan ia berhubung kait dengan isu perubatan selepas pembedahan kerana tidak dapat mengikuti rejim latihan yang ketat.
"Beliau berkata mahu bersara dan beralih kepada fasa kehidupan lain. Kami cadangkan agar bersara selepas Piala Uber, tapi beliau mengumumkannya lebih awal...Saya bersamanya ketika menjalani pembedahan, saya ingatkan keadaan bertambah baik, tapi sebaliknya memberi kesan kepadanya," katanya ketika dihubungi Bernama.
BACA: Bekas juara remaja dunia Jin Wei umum persaraan
Terdahulu, Jin Wei mengejutkan peminat badminton tanah air apabila mengumumkan persaraannya sebagai pemain perseorangan wanita negara pada usia 21 tahun, kerana masih bergelut dengan tahap kesihatan selepas mengalami masalah di bahagian perut sehingga menyebabkannya terpaksa menjalani pembedahan membuang sebahagian usus pada pertengahan 2019.
Mohamad Norza berkata, ketika perbincangan dalam talian itu, beliau menawarkan agar Jin Wei mendapatkan rawatan dengan pakar luar negara untuk membolehkannya kembali, seperti menghantar pemain beregu campuran negara Goh Liu Ying ke Jerman pada 2017.
"Apabila membincangkan mengenai masalah perubatan, saya katakan padanya saya sanggup menghantar ke luar negara untuk mendapatkan rawatan, itu adalah tawaran saya, beliau berkata akan memikirkannya. Pada masa sama, (Pengarah Kejurulatihan BAM) Wong Choon Hann dan (Setiausaha Agung) Datuk Kenny Goh juga bercakap dengan beliau dan ibunya," tambah Mohamad Norza.
Pada 2017, BAM menghantar pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 Liu Ying ke Sportklinik di Halle, Jerman bagi menjalani rawatan akibat kecederaan di bahu pemain itu.
Ditanya mengenai pengganti Jin Wei untuk saingan Piala Uber yang dijadual pada 9 hingga 17 Okt di Aarhus, Denmark, Mohamad Norza berkata beberapa pemain perseorangan wanita - S. Kisona, Eoon Qi Xuan, K. Letshanaa dan Siti Nurshuhaini Azman - mampu untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Jin Wei.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 13 2021

Menurut Mohamad Norza, Jin Wei pernah menyatakan hasrat untuk bersara sejak bulan lepas berikutan masalah kesihatan yang dialaminya.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Jin Wei lepasi halangan pertama dalam kejar impian ke Olimpik Paris 2024
Jin Wei, yang kini menduduki ranking ke-31 dunia, bakal berdepan tugas berat pada pusingan kedua, esok, menentang pilihan ketujuh.

Jin Wei gembira kembali beraksi di Kejohanan Super 1000
Pemain berusia 22 tahun yang menghuni ranking ke-33 dunia itu mahu memberikan yang terbaik di hadapan penyokong tempatan di Axiata Arena.

Pemain antarabangsa hangatkan kejohanan Malaysia Purple League
Penganjuran kejohanan berkonsep liga itu menyaksikan lapan pasukan tempatan berentap merebut kejuaraan.

Kehilangan besar namun BAM hormati keputusan Jin Wei - Mohamad Norza
Goh Jin Wei pernah menyatakan hasrat untuk bersara sejak bulan lepas berikutan masalah kesihatan yang dialaminya.

Bekas juara remaja dunia Jin Wei umum persaraan
Pemain berasal dari Pulau Pinang mengumumkan persaraan pada usia muda itu menerusi satu video yang dimuat naik di YouTube.

Jin Wei tidak sertai Master Malaysia - BAM
Pihak kejurulatihan percaya pemain berumur 19 tahun itu memerlukan lebih banyak masa untuk kembali cergas.

Seluruh England: Jin Wei perlu kerah segala keringat
2018 menyaksikan Jin Wei membuat penampilan pertamanya dalam kejohanan ini namun dia disingkirkan Aya Ohori dalam pusingan kedua.

Terbuka Jerman: Yamaguchi sekat impian Jin Wei ke final
Pertemuan kedua buat dua seteru itu pada tahun ini menyaksikan Yamaguchi merakamkan kemenangan dalam tempoh 33 minit.

Lee Chong Wei kagum pada Jin Wei
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mahu jaguh remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei lebih yakin dengan kemampuan diri untuk tampil lebih kompetitif.