KUALA LUMPUR: Skuad badminton negara bakal mengikuti kelas 'tuisyen' dengan menjalani latihan tambahan pada sebelah malam, pada ketika persediaan Sukan Olimpik Paris yang kini memasuki fasa kritikal.
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky berkata latihan tambahan itu, akan diadakan dua atau tiga kali seminggu melibatkan semua pemain di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan ia atas permintaan pemain seperti beregu lelaki Soh Wooi Yik.
Namun, beliau berkata kekerapan latihan malam selain latihan sesi pagi dan petang itu, akan bergantung kepada keadaan dan kondisi pemain, kerana pihaknya tidak mahu mereka mengalami kecederaan atau sakit.
"Setakat ini, kita dah dapat dua atau tiga hari latihan tengah malam, tapi Jumaat ini belum dapat disahkan lagi kerana mungkin ada tempahan gelanggang dari pihak luar.
"Kita bagi keutamaan kepada pemain dalam RTG (program Road to Gold) untuk sebulan ini sehingga bertolak ke Perancis. Kita mungkin boleh ubah masa latihan, pemain lain juga harus faham," katanya ketika ditemui di sesi latihan di ABM Bukit Kiara di sini, semalam.
Skuad negara kemudian akan berkampung selama 10 hari di wilayah Aire Sur La Lys, Perancis bermula 10 Julai, menjalani kem latihan pra-Olimpik menjelang temasya terbesar dunia itu, yang bakal berlangsung dari 23 Julai hingga 11 Ogos ini.
"Latihan pusat itu, untuk membiasakan diri dengan keadaan di sana (termasuk persekitaran dan perbezaan masa). Ia bagi memastikan pemain betul-betul bersedia dan fokus sepenuhnya, lokasinya juga di kawasan yang senyap," tambahnya.
Pemain BAM yang bakal beraksi di Olimpik Paris dalam usaha memburu pingat emas pertama negara ialah juara beregu lelaki dunia 2022 Aaron Chia-Wooi Yik, beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah dan beregu campuran nombor satu negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.
Malaysia turut akan diwakili dua pemain professional, iaitu juara bekas All England Lee Zii Jia (perseorangan lelaki) dan bekas juara Kejohanan Remaja Dunia Goh Jin Wei (perseorangan wanita).
Sementara itu, Rexy berkata Wooi Yik mahu tinggal di ABM sehingga bertolak ke Perancis pada 10 Julai, supaya dapat memberikan fokus sepenuhnya dan mengelakkan gangguan.
"Satu keputusan yang cukup positif, dia sedar bahawa perlu masa untuk lebih fokus menjelang Olimpik. Mungkin berasa bahawa lebih tenang di sini berbanding di luar (rumah) dan jalani latihan tambahan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 19 2024

Rexy Mainaky ditemui ketika sesi latihan skuad badminton kebangsaan di ABM, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, 19 Jun 2024. -- fotoBERNAMA
"Keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan sangat buruk " - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan Hamas pada sabtu berada pada tahap yang buruk.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
Dua rakyat Israel yang baru dibebaskan, Avera Mengistu dan Hisham Al-Sayed, tiba dalam keadaan fizikal yang secara keseluruhannya baik.
Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
Tahap kesihatan pemimpin gereja katolik dan Kota Vatican, Pope Francis dilaporkan semakin merosot dalam tempoh 24 jam terakhir.
Keterlanjuran, salah guna kuasa menyukarkan usaha kerajaan
Perdana Menteri menegaskan bahawa sebarang keterlanjuran salah guna kuasa, rasuah, dan pengkhianatan akan menyukarkan usaha Kerajaan MADANI untuk merealisasikan impian menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing di pentas dunia.
Pemandu maut, penumpang cedera lori jatuh gaung di Kuala Krai
Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas lori yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di kilometer 79 Jalan Kota Bharu-Gua Musang (Bukit Ah Kim), Kuala Krai pada Sabtu.
Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan beberapa menteri lain hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia pada petang Sabtu.

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Skuad badminton jalani 'tuisyen' malam menjelang fasa kritikal ke Paris 2024
Rexy berkata, latihan tambahan itu akan diadakan dua atau tiga kali seminggu melibatkan semua pemain di bawah Persatuan Badminton Malaysia.

Aidil mahu bukti bukan sekadar 'penumpang'
Aidil antara perseorangan lelaki yang disenaraikan BAM untuk saingan Kejohanan Berpasukan Asia yang akan berlangsung di Setia Alam.