WAKIL perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, mampu menarik nafas lega dalam meniti cabaran awal Sukan Olimpik Paris 2024.
Dalam cabutan undian temasya di Ibu Pejabat Kesatuan Badminton Dunia (BWF), Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Dia ditempatkan dalam Kumpulan G bersama-sama pemain Sri Lanka, Viren Nettasinghe (72 dunia) dan Pablo Abian dari Sepanyol (63 dunia) bagi perebutan selaku juara kumpulan dalam misi melayakkan diri ke pusingan ke-16 tatkala kempen di Porte de la Chapelle Arena itu bermula 27 Julai ini.
Sekiranya dia menepati ramalan awal, Zii Jia dijangka akan bertembung dengan wakil daripada Kumpulan H, Anthony Sinisuka Ginting.
Pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen, bakal turun dengan status juara bertahan edisi di Tokyo, tiga tahun lalu.