PEMAIN perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia, bersiap sedia berhadapan lawan di ranking kelapan dunia, Li Shi Feng, dalam perlawanan terakhir Kumpulan A Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu sudah mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas menewaskan Anders Antonsen dan Chou Tien-chen di Hangzhou, semalam.

Meskipun berjaya mara ke peringkat seterusnya, pemain kelahiran Kedah itu akan menentang lawan yang sebenar apabila tekanan sudah pasti dirasai kerana perlu menentang wakil tuan rumah dan mempunyai penyokong yang ramai.


"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini," katanya.

Jika Zii Jia berhasil menundukkan wakil China itu, dia akan lolos ke separuh akhir sebagai juara kumpulan. - Stadium Astro